cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

8 Oct 2012

PENTING NYA AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

dalam dok membelek belek majalah sara terjumpa satu halaman 'diari doktor' yang membincangkan pasal DNA.
Tau tak DNA tu apa?...jom baca...

DNA merupakan molekul genetik dalam tubuh kita. Ia terletak di dalm sel iaitu unit terkecil bagi tubuh manusia. Sejak dulu lagi kita tahu genetik atau baka memainkan peranan penting dalam penentuan personaliti, kesihatan,kepandaian, kreativiti seseorang. Bahkan kecntikan dan juga masalah kesihatan banyak ditentukan oleh unsur keturunan atau genetik.

sebagai contoh seseorang yang menghidap kencing manis mungkin memberikan genetik atau baka kencing manis kepada anak atau cucunya. Hal ini akan dibuktikan dengan jelas apabila kita menjalani unjian DNA. Dengan mengenali DNA sendiri ia lebih mudah bagi seseorang merawat DNA yang rosak.

Informasi DNA anda akan digunakan bagi menetukan diet pemakanan, senaman dan cara mengurangkan risiko kesihatan. Ini membantu meningkatkan tahap kesihatan ke tahap maksimum serta membaik pulih tahap kesihatan anda.

Anda mungkin sihat sekarang namun jika anda tidak memberi perhatian terhadap zat makanan atau eperluan DNA yang sihat, maka kesan DNA rosak yang wujud secara semulajadi akan membuatkan penyakit itu muncul. Profil ini penting bagi membaik pulih kerosakan DNA dan mengelakkan penyakit.

Bidang sains ini dinamakan nutrigenomics. Ia di ntar bidang sains yang terkini di dunia. Nutrigenomics ialah satu disiplin yang mengkaji interaksi di antara faktor genetik atau DNA seseorang dengan pemakanan nutrisi serta cara hidup seseorang.

Selain itu DNA seseorang juga boleh menjadi rosak akibat toksin dan corak makanan yang salah atau kurang nutrisi. Kaedah pemetaan atau 'blue printing' juga membolehkan DNA di siasat dan pembetulan dan baik pulih boleh dijalankan.

Melalui DNA kita dapat mengenal pasti secara terperinci vitamin dan hormon yang diperlukan oleh badan kita. Keperluan vitamin dan hormon ini berbeza dari seorang ke seorang yang lain, ini mungkin punca kenapa tidak semua rawatan atau ubatan serasi dengan seseorang.

MAKANAN YNG BOLEH MEROSAKKAN DNA
DNA boleh di biak pulih dengan mengamalkan zat makanan seperti vitamin, mineral, antioksidan, sulfaraphane dan lain-lain. Terdapat juga  jenis pemakanan yng merosakkan DNA seperti makanan dalam tin,makanan yang dibungkus dalam plastik serta makanan yang berperisa dan berwarna yang bercampur unsur radikal bebas.

No comments: