cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Feb 2013

APA ITU HIPERTENSI?


Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberikan gambaran tekanan darah pada dinding arteri meningkat. Jantung menghasilkan tekanan apabila mengepam darah ke seluruh badan.
Hipertnsi adalah keadaan tanpa gejala, di mana tekanan yang abnormal tinggi dalam arteri menyebabkan meningkatnya risiko strok, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.
Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah, iaitu BP 140/90 mmHg.  Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) ialah tekanan darah diastolic.
v         Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri ( salur darah) apabila jantung mengepam darah.
v         Tekanan darah diastolic ialah tekanan darah dalam arteri apabila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.
Hippertensi atau darah tinggi adalah antara penyakit yang dialami dalam kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Hipertensi lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
Hipertensi sering ditemui pada individu yang lanjut usia. Seiring bertambahnya usia, hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah. Tekanan sistolik terus meningkat sehingga usia 80 tahun dan tekanan diastolic meningkat sampai usia 55 hingga 60 tahun  kemudian berkurang secara perlahan ataupun terus menurun dengan drastik.
Hipertensi maligna ialah hipertensi yang parah. Sekiranya tidak dirawat, menimbulkan kematian dalam jangka waktu 3 hingga 6 bulan. Hipertensi ini jarang-jarang terjadi, hanya satu daripada setiap 200 penderita hipertensi.
Tekanan darah dalam kehidupan bervariasi secara alami. Bayi dan kanak-kanak secara normal memiliki tekanan darah yang jauh lebih rendah daripada orang dewasa. Tekanan darah juga dipengaruhi oleh aktiviti fizikal, iaitu lebih tinggi pada masa melakukan aktiviti fizikal dan lebih rendah ketika beristirehat. Tekanan darah dalam satu hari juga berbeza, iaitu tinggi pada waktu pagi dan rendah pada waktu malam.

Kategori tekanan darah tinggi
Tekanan darah sistolik          ( angka bacaan di atas ) mmHg
Tekanan darah diastolic ( angka bacaan di bawah ) mmHg
Normal
<120
<80
Pra hypertensi
120 – 139
80 – 89
Hypertensi/ tekanan darah tinggi peringkat 1
140 – 159
90 – 99
Hypertensi / tekanan darah tinggi peringkat 2
>160
> 100

Antara gejala awal penyakit tekanan darah tinggi adalah :-
  • ·         Sakit kepala
  • ·         Pendarahan dari hidung
  • ·         Pening
  • ·         Wajah kemerahan
  • ·         Cepat merasa penat
Kesan jangka masa panjang dapat menyebabkan komplikasi seperti angin ahmar (strok), serangan jantung dan kegagalan jantung di mana pengepam jantung menjadi lemah dan dapat menyebabkan kegagalan buah pinggang. 
Terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:-
  •   Usia -  Kebanyakan arteri menjadi kaku apabila usia meningkat dan keadaan ini meningkatkan halangan aliran dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
  •  Keturunan – sekiranya ada diantara ibu bapa ataupun saudara-mara yang menghidap penyakit ini, kemungkinan mendapat penyakit yang sama adalah tinggi.
  •   Jantina – Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita. Merokok, pengambilan berlebihan alcohol dan garam, kegemukan, kurang senaman, stres yang berlebihan, diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit adrenal, kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegahan kehamilan juga dapat menjadi punca kepada penyakit tekanan darah tinggi.
Antara langkah yang dapat diambil bagi mengelakkan risiko tekanan darah tinggi adalah :-
  • §  Berhenti merokok
  • §  Mengurangkan atau berhenti mengambil alcohol
  • §  Kurangkan pengambilan garam
  • §  Melakukan senaman – aerobik, menunggang basikal dan berjoging
  • §  Mengurangkan stres dan tekanan
  • §  Mengamalkan cara hidup dan pemikiran yang positif
  • §  Kekalkan berat badan yang normal lagi sihat
Mengawal tekanan darah dapat mencegah terjadinya komplikasi dan seterusnya mencegah daripada berlakunya komplikasi yang lebih memudaratkan.

No comments: