cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

25 Nov 2014

MAKANAN BEREMPAH BANTU TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU

Assalamualaikum...hai hai

Anak saya yang no 2 tu dah berumur 8 bulan lebih dan masih menyusu susu ibu. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak no 2 seperti mana kakaknya juga.

Beberapa hari ini asyik makan kari jer. Memang sedap dan berselera la makan. Dapat pulak makan kat kedai mamak D'ARAB Cafe depan Mydin Meru Raya Ipoh.

Biasa la makan mesti nasi kuah kari campur. Rempah memang banyak yang digunakan dalam masakan. Pengambilan rempah dalam masakan setiap hari bukan sahaja baik untuk kesihatan malahan dapat membantu ibu-ibu menyusu tingkatkan pengeluaran susu ibu. Terutama nya ibu-ibu yang buat stok susu.


Salah satu rempah yang boleh tingkatkan pengeluaran susu ibu adalah helba. Cara pengambilannya mudah jer. Basuh helba dan toskan. Kemudian rendamkan di dalam segelas air panas. Bila suam boleh terus minum. Kalau rasa tak lalu nak minum tu masukkan jer dalam masakan. Lagi mudah.


No comments: