cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

12 Nov 2014

cinta ibadah : Kecantikan Isteri Tanggungjawab Suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah bertahun-tahun pasangan berkahwin tentu banyak sudah cabaran yang dilalui. Adakalanya isteri akan bertanya pada suami apakah dia masih cantik?

Hakikat sebenarnya kejelitaan dan kejayaan seorang wanita bergantung dengan bagaimana dia mahu dipandang oleh Allah SWT. Jika pandangan Allah diutamakan daripada mata-mata manusia, maka kejayaan akan sempurna terbentuk dari hati hingga ke kulit jasadnya.


Manakala keengganan diri menghadirkan pandangan Allah akan menyebabkan kehodohan luar biasa yang menjangkiti seluruh tubuh badan.

Suami yang mahukan isteri tetap cantik seperti pandangan cinta malam pertamanya dulu eloklah mementingkan agenda perawatan kecantikan isteri.

Lelaki yang soleh tahu menjaga diri dan amat bijak menjaga isteri. Bukan hanya nafkah makan minum, hati dan perasaan isteri boleh menjadi sebab susahnya suami dihisab di akhirat. Begitu juga kecantikan dan kesihatan isteri amat penting bagi suami yang bertanggunjawab kerana semua itu akan disoal di hadapan Allah SWT.

Bukan hanya makanan dan perasaan jiwa isteri yang mesti sua mi jaga, bahkan suplemen untuk menjaga kesihatan imannya juga perlu disediakan oleh suami.

Ia adalah makanan kesihatan daripada sumber kenikmatan Al-Quran dan kemanisan sunnah Rasulullah SAW demi kejelitaan isteri yang dikasihi. Suami juga perlu sentiasa mengawal keinginan isteri daripada menyantap hidangan-hidangan duniawi yang boleh mendatangkan penyakit kegemukan dosa dan maksiat. Suami menjadi penasihat diet terbaik bagi isteri dalam bab-bab halal dan haram.

Begitulah usaha suami menjaga kejelitaan isteri dan bertanggunjawab. Jika isteri jelita pada pandangan suami barulah ketenangan rumah tangga itu tercipta dengan sempurna. Cinta pun tak pernah layu, kerana ia bukan cinta biasa tetapi cinta kerana Allah SWT.

Pandangan cinta ini yang membangun kesungguhan beribadah di rumah dan menumbuhkan semangat berilmu tak kira masa. Jika bukan kerana pandangan cinta, suami tak akan memujuk isteri solat dan menasihatinya jika lalai. Isteri pula mengisi masa dengan kesibukan yang positif disebabkan tersengat oleh hangatnya pandangan cinta suami.

Begitu indahnya cinta ibadah. Cinta kerana Allah SWT. Cinta dunia cinta akhirat.


No comments: