cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

28 Nov 2014

Berselfie muka macam cikgu. Ehh ada ker

Assalamualaikum. Haihaiha

Salam jumaat semua kawan-kawan. Jumaat datang lagi dan semoga jumaat ini bukan yang terakhir bagi kita.

Saja nak coret-coret kat sini. Selalu tengok orang dok berselfie kita pun nak juga berselfie. Dak gitu..

Ini gambar hari ini. Ada orang cakap muka saya cam cikgu. Ehh..ada ker..



Masa umur 20 tahun habis tingkatan 6 dapat kerja bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Gelaran yang diberi  adalah cikgu. Itulah pekerjaan pertama saya.

Pengalaman kerja di PDK memang agak mencabar sebab menguruskan kanak-kanak OKU. Tau lah kan kanak-kanak OKU ni cam mana. Ada yang dengar kata. Ada yang tak paham apa pun.

Apa pun saya tetap bersyukur kerana dilahirkan tanpa cacat cela dan dijaga baik oleh ke dua ibu bapa saya.

Seronoknya kerja kat PDK tu bila tengok gelagat masing-masing.  Tambah lagi kanak-kanak Down Sindrom yang sememangnya manja dan kekadang buat orang ketawa.  Kekadang stress jugak.
Semasa berkerja di PDK banyak pengalaman yang diperolehi, banyak kursus yang dihadiri.

Paling best, baru 3 hari masuk kerja dah kena pergi kursus bahasa isyarat. Tapi bahasa isyarat mudah. Dari situ mula belajar huruf a-z menggunakan isyarat tangan. Sampai boleh mengeja nama sendiri.

paling best kalau pergi kursus. Bukan dekat tempatnya. Ada satu kursus paling lama 4 minggu kalau tak silap la. Bergilir-gilir dengan kawan. Nama tempat tu pun dah lupa tapi kat Ipoh. Selalu kursus kat Kuala Lumpur la..

Pengalaman yang berharga. Bila pergi kursus kene pergi sendiri. Agaknya kalau sekarang ni terlepas ke KL sendiri pun lepas. Sebab dah tau jalan sana tapi naik bas dan kereta api je la.

Ini lah kerja pertama saya. Masa tu gaji RM500 jer. Bila dapat panggilan kerja kerajaan gaji dah naik jadi RM800. Tapi berbaloi kerja. Isnin sampai khamis di PDK. Hari jumaat lawatan ke rumah. Sabtu dan ahad cuti.


No comments: