cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Nov 2014

10 Makanan Bantu Kurangkan Stres

Stres adalah satu keadaan dimana dapat mempengaruhi tubuh, fikiran, perasaan dan perilaku seseorang. Stres yang dibiarkan dapat menimbulkan masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, obesiti dan diabetes.


Pencegahan awal dan pengurusan stres harus diambil supaya tidak berlarutan. Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu mengurangkan stres secara semula jadi.

10 makanan bantu kurangkan stres.

1. Kacang - ia mengandungi magnasium yang dapat mengurangka lagi penghasilan hormon kortisol ( hormon yang menjadi punca stres). Bagaimanapun pengambilqn kekacang tidak boleh berlebihan kerana kacang mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

2. Brokoli - mengandungi asid folik yang yang turut membantu dalam mengurangkan stres.

3. Manisan - hormon stres juga dikaitkan dengan proses penyimpanan lemak pada bahagian perut. Hanya dengan meletakkan sedikit sahaja manisan ke atas lidah dapat membantu mengurangkan stres yang dialami.

4. Roti gandum beserta jem atau madu - makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan hormon sirotonin ( hormon yang membantu dan juga membaiki mood dan juga memberikan ketenangan).

5. Salmon - asid lemak omega 3 membantu sel otak berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stres yang dialami.

6. Coklat gelap - ia mengandungi kandungan endorphin yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak serta mengurangka stres.

7. Susu - khasiat susu dapat membantu untuk menguranfkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stres.

8. Minuman coklat - air coklat panas juga mambantu untuk meningkatkan suhu tubuh yang memberikan keselesaan dan juga meningkatkan fungsi otak.

9. Teh - satu kajian yang dilakukan oleh Universiti College London menunjukkan seseorang yang minum teh 4 kali sehari selama 6 minggu membantu mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stres.

10. Air Sejuk - ia dapat meransang endorphin yang turut membantu mengurangkan stres.


No comments: