cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

29 Oct 2014

5 Makanan Bantu Tingkatkan Kesuburan

Assalamualaikum... haihaihai...

Selalu kita cakap pasal pentingnya pemakanan seimbang, nutrisi dan zat yang penting untuk kesihatan tubuh. Melalui pemakanan yang seimbang juga membantu untuk tingkatkan kesuburan.

Cabaran dunia hari ini yang begitu sibuk dengan pelbagai urusan harian menyebabkan kita kurang beri perhatian terhadap pemakanan seimbang. Makanan yang diambil untuk mengenyangkan perut sahaja.

Jom kita amalkan 5 jenis makanan yang bukan sahaja bermanfaat kepada tubuh, malah membantu tingkatkan kesuburan lelaki dan wanita.



1. BERI terutamanya beri biru dan rasberi. Kumpulan beri ini adalah sumber antioksidan yang penting untuk kualiti sperma dan telur.




2. PISANG adalah sumber vitamin B 6. Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan haid tidak teratur dan perkembangan telur serta sperma yang tidak elok.



3. WALNUT kaya dengan omega 3 yang penting untuk pembentukan sperma yang berkualiti. Ia juga boleh mengurangkan inflamasi di dalam badan.



4. KACANG HAZEL tinggi kandungan vitamin E yang diperlukan untuk telur dan sperma yang elok. Ia membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan juga mengurangkan hormon insulin tinggi yang kerap dilihat di dalam wanita yang menghadapi PCOS.



5. BUAH SITRUS seperti oren dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi. Setiap hari kita memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg vitamin C untuk kesihatan sperma dan juga memastikan hormon seimbang bagi wanita.




Pengambilan vitamin dan suplemen juga penting kepada tubuh selain mengamalkan pemakanan yang seimbang. Keperluan vitamin dan suplemen adalah untuk melengkapkan keperluan harian kepada tubuh.

Saya adalah pengedar sah Shaklee ID 869124
sms | WhatsApp 01131737525
penghantaran akan dibuat secara pos laju dan  cod di kawasan meru, jelapang, silibin, dan Ipoh.

No comments: