cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

6 Oct 2014

Hari 1 | 3 fakta menarik tentang saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ini saya menyahut cabaran 7 berblog dengan 7 tajuk yang telah diberikan. Hari pertama dengan tajuk 3 fakta menarik tentang saya yang akan saya kongsikan untuk semua.

Fakta 1

Saya pernah mendapat gelaran 'cikgu'. Kenapa saya digelar cikgu? Hahaha..cerita bermula apabila habis tingkatan 6 saya terus mendapat kerja di sebuah pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tak pernah terlintas difikiran saya untuk bekerja dengan kanak-kanak OKU ( Orang Kelainan Upaya ).

Mula-mula tu rasa sangat tak selesa. Yea la kan nak jaga dan latih kanak-kanak OKU ni bukan senang. Ada downsindrom, pekak bisu, hiperaktif, masalah pembelajaran. 3 tahun saya menabur bakti, bersabar dengan setiap kerenah dan perangai masing-masing yang ada kalanya buatkan saya rasa gembira dan adakalanya rasa nak mengamok pun ada. Dari situ lah saya belajar dan menjadi seorang yang penyabar.

Fakta 2

Semasa bekerja di PDK ininlah saya berkenalan dengan suami saya. Siap pernah tegur dia 'ehh metereader baru lah'.. masa tu dia tengah belajar cara nak baca meter air. Tapi masa tu belum kenal lagi.

Masa buat lawatan ke Cameron Highland bawak kanak-kanak OKU, masa tu pun jumpa dia. Dia berkawan dengan pengerusi PDK sebab tu dia pun ikut lawatan tu..dalam gambar saya ada jer dia kat belakang. Tapi masih belom kenal lagi.

Saya dan suami dipertemukan dalam satu majlis menyuarat pemilihan AJK yang baru. Dan disitu la kami mula berkenalan. Beberapa bulan selepas tu saya dapat tawaran kerja sekarang ini dalam PDRM.

Saya memang tak salah pilih orang. Segala urusan untuk lapor diri bertugas dia yang tolong usahakan. Dari mula buat laporan perubatan sehinggalah cari rumah sewa dan sempat tengok tempat nak lapor diri, semua atas dia suamiku sekarang ini.

Fakta 3

Kali terakhir saya menaiki bas pergi kerja adalah pada April 2009. Kenapa? Itulah bulan si dia dapat tukar ke ipoh. Dan bulan itu jugak lah saya trauma jatuh dari tangga bas. Jarang dengarkan orang jatuh tangga bas.

Macam mana terjatuh? Saya sendiri pun tak tau macam mana boleh jatuh. Apa yang saya ingat dalam bas ramai sangat orang, dengan keadaan hujan masa tu. Bila saya nak turun tetiba saya terduduk diatas jalan dengan kaki kiri terlipat kaki kanan terlunjur.

Menangis dalam hujan sambil menahan kesakitan akibat jatuh. Itu la peristiwa yang saya memang tak boleh lupakan. Dan akibat dari jatuh tangga bas itu lah saya menanggung kesakitan sehingga sekarang. Tambah lagi bila dah beranak 2 ni. Sakit tu tak pernah hilang.

Saya rasa itu lah 3 fakta yang menarik tentang saya untuk saya ceritakan pada semua..



No comments: