cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

10 Oct 2014

Hari 5 | Homemade Resepi : Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Musim ibadah korban mesti ramai yang dapat daging korban kan? Dah banyak jenis masakan daging dah masak sampai tak tau nak masak apa lagi.

Baru-baru ni En Suami saya mintak nak makan daging masak lemak cili api. Kebetulan balik kampung nak raya haji memang ada beli daging. Pastu buat salai.

Memang sedap makan masak lemak cili api daging salai. Berselera makan bertambah-tambah.


Mudah jer nak buat masak lemak cili api daging salai ni.

Bahan-bahan:
Daging salai (telah dipotong )
4 ulas bawang merah
7 biji cili api ( kalau suka pedas tambah lagi cili)
2 batang serai dititik
1/2 biji kelapa ( untuk santan )
1 helai daun kunyit
Serbuk kunyi secukupnya
Garam secukupnya

Cara memasak:

Basuh bersih daging salai kemudian rebus dahulu dengan sedikit air supaya daging kembang dan lembut. Kemudian masukkan cili api dan bawang merah yang telah ditumbuk /dikisar, serai, santan dan daung kunyit yang dipotong hasus. Perasakan dengan garam dan serbuk kunyit. Kalau nak pekatkan kuah boleh tambahkan serai yang dikisar halus. Memang sedap..

Selain buat masak lemak cili api daging salai juga sedap dibuat goreng. Makan dengan nasi panas memang sedap. Daging salai juga tahan disimpan lama dalam peti sejuk. Pastikan daging diletakkan di dalam bekas kedap udara semasa menyimpan.

Selamat mencuba




No comments: