cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

21 Oct 2014

Hobi saya yang suka menjahit dan membuat kraftangan

Assalamualaikum. Hai hai hai..

Hari saya nak cerita pasal hobi. Semua orang ada hobi kan. Hobi saya pulak ikut musim. Hehehe. Ada masa saya akan menjahit. Ada masa saya akan buat kraftangan. Mungkin ikut tangan mak kot. Agak kreatif skit.

Bila datang idea rajin saya akan menjahit. Masa lahir anak pertama perempuan, memang rajin kot menjahit. Buat dress anak. Ringkas tapi cantik. Rasa puas bila anak pakai baju kita buat sendiri.

top dress & pillow case dress

Masa tu pakai mesin jahit biasa yang kene tekan dengan kaki. Boleh lenguh kaki jugak la bila menjahit lama. Sudahnya saya beli mesin jahit baru. Membebel panjang suami sebab beli mesin jahit baru tak bagi tahu dia. Tapi berbaloi bagi saya. Sebab saya jahit sendiri baju saya. Baju anak-anak pun saya jahit sendiri. Tak perlu nak upah orang lagi bila nak buat baju raya.

Jari jemari saya juga agak lembut. Saya buat crochet. Suka mengait buat bunga pastu buat headband. Biasala kan bila ada anak perempuan. Mesti nak nampak cantik.

crochet headband

Saya jugak banyak habiskan duit beli benda yang bukan contohnya kain felt. Apa lagi, aktiviti kreativiti la kan.

atas : key chain
bawah : pin tudung

Masa mengandung anak pertama saya buat bakul dari kertas majalah. Saya tak guna surat kabar sebab kertasnya lembut. Saya berjaya buat 30 biji bakul untuk majlis naik buai. Betapa rajin dengan hobi yang satu tu. Sekarang ni rasanya nak mula balik menganyam  bakul. Rasa satu kepuasan bila dapat siapkan walaupun sebiji bakul sahaja.

Bakul anyaman buatan sendiri


Ini lah hobi saya yang kekadang saya buat bila rajin. Rasa satu kepuasan bila dapat buat sesuatu yang kita minat.


Saya adalah pengedar sah shaklee ID 869124
call | WhatsApp | sms 01131737525
Sebarang penghantaran adalah melalui pos laju dan cod di kawasan berhampiran meru, jelapang,  silibin, dan Ipoh






No comments: