cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

28 Oct 2014

6 Panduan atasi uban pra-matang secara semulajadi

Rambut yang panjang dan bersinar menjadi idaman setiap wanita. Namun, tanpa disedari rambut putih pra-matang menjadi satu masalah yang membimbangkan termasuk golongan muda. Punca kepada masalah ini perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mencari jalan penyelesaian kepada masalah rambut pra-matang ini. Jom kita lihat 6 panduan atasi uban pra-matang secara semulajadi.



1 Gabungkan Jus Segar Dalam Makanan
Masukkannjus sayuran atau buah-buahan segar ke dalam pemakanan anda setiap hari bagi menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula. Jus lobak merah, salad dan alfalfa adalah sangat berfaedah. Pengambilan jus ini setiap hari akan menjadikan rambut anda sihat dan menghalang dari kemunculan uban.


2 Pengambilan Vitamin
Uban boleh dicegah dengan menambahkan pengambilan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Pengambilan vitamin ADan B juga perlu ditingkatkan. Lebihkan makan sayuran hijau dan buah berwarna kuning. Untuk bekalan vitamin B yang mencukupi, lebihkan makan sayuran hijau, pisang, tomato, kubis bunga, yogurt, yis, hati dan bijirin. Boleh juga mengambil suplemen vitamin B untuk bekalan berterusan.



3 Lebihkan Makanan Yang Kaya Dengan Iodin
Makanan yang kaya dengan iodin membantu menghalang rambut dari beruban.ikan misalnya mengandungi kandungan iodin yang tinggi. Pisang, lobak merah juga mengandungi iodin yang sama.



4 Sapukan Inai
Inai merupakan herba yang digunakan di India sejak zaman purba dan merupakan perapi rambut yang berkesan. Penggunaan inai dapat menguatkan rambut dan menghalamg rambut beruban, rambut nipis dan hujung rambut bercabang.



5 Sapukan Minyak Pada Rambut
Menyapukan minyak pada tambut adalah penting supaya rambut menjadi sihat dan menghalang rambut dari beruban. Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam brrsama jus lemon, yang merupakan kaedah tradisional India untuk mencegah rambut beruban.


6 Amalkan Petua Dirumah
Petua yang dilakukan di rumah adalah penyelesaian yang terbukti berkesan untuk menangani masalah rambut beruban. Urutkan akar rambut dengan teh hitam dan bersihkan selepas 1 jam. Ia akan membantu menghitamkan rambut.

No comments: