cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

14 Oct 2014

Minyak Ikan kaya Dengan Omega 3

Minyak Ikan kaya dengan sumber asid lemak omega 3, asid alfa linolik. Terdapat beberapa jenis asid lemak perlu iaitu asid lemak omega 3, asid alfa linolenik, dan asid lemak omega 6, asid linoleik.

Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil daripada makanan. Badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Asid lemak perlu akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Salah satu bahan yang terdapat dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandin.

Prostaglandin merupakan bahan yang amat penting dalam sistem biologi manusia termasuklah dalam sistem imuniti, sistem pencernaan, proses ekspresi gen, proses baik pulih sel, proses tekanan bendalir dan pengawal aturan suhu badan.


Asid lemak omega 3 mempunyai kesan biologi untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser, penyakit Alzhemer, sakit bua pinggang, sakit jantung dan lain-lain. Maka dengan itu, setiap individu memerlukan asid lemak perlu untuk membolehkan setiap sel badan berfungsi secara normal.

Bayi seawal usia didalam kandungan juga boleh mendapatkan asid lemak omega 3 melalui pemakanan si ibu. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesan positif pengambilan omega 3 semasa mengandung kepada bayi.

Kajian oleh Helland el. al(2008) membandingkan wanita mengandung A yang mengambil 1183mg DHA (serta 803mg EPA) setiap hari ( bermula pada minggu ke 17 hingga 19 usia kandungan ) dengan wanita mengandung B yang cuma mengambil 10 ml minyak jagung menunjukkan wanita A melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi sehingga kanak-kanak itu berumur 7 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita B. Anak A juga mempunyai kualiti tidur dan imuniti yang lebih baik. Namun, ransangan awal juga boleh mempengaruhi tahap perkembangan IQ anak.

Shaklee Omega Guard dilengkapi dengan omega 3, DHA dan EPA dalam satu kapsul lembut. Sangat mudah diambil dan ditelan. Satu botol Omega Guard berharga  RM 136.00 dengan 90 kapsul dalam satu botol.




Saya adalah pengedar sah Shaklee ID 869124
Sila hibungi saya WhatsApp |sms 01131737525



No comments: