cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

7 Oct 2014

Hari 2 | Percutian Idaman Saya

Assalamualaikum...

Cabaran hari ke 2 dengan tajuk Percutian Idaman Saya. Kalau nak ikutkan tempat banyak tempat yang saya nak pergi. Impian biar banyakkan. Bercuti bersama keluarga, menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak sambil menenangkan fikiran. Kalau dapat bawa mak dan abah sekali lagi seronok.

Namun saya bukan orang yang berharta yang mampu berbelanja untuk percutian yang diidamkan. Dengan keadaan ekonomi keluarga dan komitmen yang tinggi, saya pilih yang utama. Inilah Percutian Idaman Saya iaitu kota suci Mekah.

Kenapa saya memilih kota suci mekah sebagai Percutian Idaman Saya?


Semua orang tahu kota suci mekah adalah tempat umat islam berkumpul menunaikan ibadah haji dan umrah dalam melaksanakan rukun islam yang ke lima.

Saya juga teringin sangat nak jejakkan kaki di sana. Tambahan lagi pada musim haji ni, seronok dapat tengok umat islam yang yang berada di sana melaksanakan ibadah haji, bersolat di masjidil haram, melaksanakan rukun ibadah haji.

Kota suci mekah adalah tempat yang wajib saya jejakkan kaki suatu hari nanti. In sha allah dengan izin-Nya.

Saya rasa itu lah tempat Percutian Idaman Saya yang saya impikan.

No comments: