cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

12 Oct 2014

Hari 6 | Restoran Kegemaran Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebut pasal makan, banyak tempat yang selalu dikunjungi. Makan pun kene tengok yang betul kene dengan selera jugak. Dalam banyak tempat Restoran Sabar Menanti adalah Restoran Kegemaran saya.

Restoran Sabar menanti terletak di kawasaan stadium Ipoh menjadi pilihan utama saya. Lauk pauk yang disajikan adalah selera kampung.



Antara lauk kegemaran saya ikan patin masak tempoyak, ikan keli bakar, ulam-ulaman dan macam-macam lagi. Memang sedap. Bukan setakat lauk pauk jer, ada jugak aneka bubur, cucur udang, buah potong dan kuih muih.

Ada lagi satu Restoran Kegemaran Saya yang selalu jugak saya pergi makan. Saya juga suka makan nasi arab. Pilihan saya tentulah Nasi mandy. Kalau kat Ipoh ni saya suka restoran kat Kinta River Front. Sebabnya dekat dengan tempat kerja.


Kalau nak ikut cerita pasal makan banyak tempat yang jadi keemaran. Kalau kawan-kawan diluar sana nak cari makanan sedap boleh la kunjungi restoran yang saya sebutkan tu. Pasti tidak mengecewakan.


No comments: