cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

15 Oct 2014

Tips Tingkatkan Kesuburan

Hamil bukan lah suatu perkara yang mudah. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ternanti-nanti saat untuk memiliki anak sendiri. Cahaya mata adalah penyambung keturunan, pengikat kasih sayang antara suami isteri dan penghibur hati. Bakal ibu perlu tingkatkan kesuburan untuk memperoleh zuriat.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk tingkatkan kesuburan.

1. Pastikan berat badan adalah bersesuaian dengan ketinggian. Sekiranya terlalu kurus atau berat boleh mengurangkan tahap kesuburan.

2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan secara berlebihan.

3. Perhatikan diet. Pastikan mengambil pemakanan yang seimbang. Lebihkan makanan yang berserat, sayur-sayuran da buah-buahan yang berwarna warni. Pastikan juga makan makanan yang mengandungi protein dan kalsium.

4. Amalkan makan asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Aisd folik membantu meningkatkan kesuburan dan juga mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

5. Ketahui waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Bagi meningkatkan peluang untuk hamil, pasangan digalakkan melakukan hubungan seks ketika waktu subur.

6. Elakkan atau kurangkan minum kopi. Selalunya doktor akan mencadangkan menukarkan kopi kepada teh. Teh yang paling baik adalah teh hijau yang mengandungi antioksidan. Selain itu, teh juga elok untuk meningkatkan kesuburan.

7. Sentiasa berfikiran positif dan cuba kurangkan stres dalam kehidupan seharian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepada-Nya agar dikurniakan anak yang comel, sihat dan soleh.

Inginkan vitamin kesuburan? Boleh menghubungi saya
sms | WhatsApp 01131737525

No comments: