cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

13 Oct 2014

Si Kecil Vitamin B Besar Manfaatnya

Keperluan vitamin B tidaklah terlalu banyak berbanding vitamin yang lain tetapi peranannya sangat penting dalam badan kita. 8 jenis vitamin mudah larut dikenalpasti sebagai Vitamin B dan setiap daripadanya mempunyai fungsi yang berbaza-beza.

Keperluan kebanyakan vitamin B , tidak beracun dan mudah larut dalam air. Lebihannya akan dibuang melalui air kencing.

Vitamin B1-Tiamin
Ia diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Ada beberapa makanan berkarbohidrat tinggi seperti bijirin , roti, dan tepung diperkaya oleh vitamin ini untuk memenuhi keperluan anda.

Jika kekurangan- kekurangan vitamin B sering terjadi kepada anda yang mempunyai pola pemakanan yang buruk. Antara tandanya, pergerakan mata tidak dapat dikawal dan atangan dan kaki tidak seimbang.

Sumber- roti, bijirin, hati, makanan laut( kerang dan ikan) serta ragi.

Vitamin B 2-Riboflavin
Sangat berguna untuk kesihatan mata, kulit, dan membantu metabolisma karbohidrat dan lemak.

Jika kekurangan - masalah pada kulit terutamanya di bahagian hidung dan mulut, bibir kering, mata merah, dan sensitif pada cahaya.

Sumber - susu dan produk yang diprosesnya, ayam, brokoli, cendawan dan bayam.

Vitamin B3 - Niasin
Ia diperlukan untuk mengubah makanan yang diambil menjadi tenaga. Ia juga memainkan peranan dalam kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan dan membaiki sistem penghadaman.

Jika kekurangan- kekurangan vitamin ini boleh mempengaruhi kesihatan dan kulit. Contohnya kulit kering dan mudah luka. Selain itu, ia akan membuatkan anda mudah cirit birit dan mudah marah.

Sumber - bijirin, beras, kekacang, susu, daging lembu dan cendawan.

Vitamin B 5 - Pantothenic Acid
Vitamin ini akan memecahkan lemak , protein, dan karbohidrat menjadi tenaga. Vitamin ini diperlukan untuk membuat vitamin D dan beberapa jenis hormon membentuk sel darah kerah.

Jika kekurangan- cepat marah,mpenat, masalah tidur, mual, muntah dan kebas pada anggota badan.

Sumber - sardin, ayam, avokado, kacang lentil dan tembikai.

Vitamin B 6 -Piridoksin
Ia diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak.

Jika Kekurangan - luka pada bahagian mulut, hilang rasa dan kekurangan pada orang dewasa boleh menyebabkan depresi dan anemia.

Sumber - daging lembu muda, ikan , kentang , pisang, tomato, sayuran hijau dan buah berwarna ungu.

Bitamin B7 -biotin
Sering dipanggil vitamin H yang berperanan dalam memecahkan lemak, protein dan karbohidrat menjadi bahan bakar yang boleh digunakan oleh badan.

Jika kekurangan - masalah mata merah, rambut gugur, pucat dan kulit bersisik.

Sumber - telur, kacang tanah,susu, ikan salmon, oat, tiram dan pisang.

Vitamin B 9 - Folik
Vitamin ini penting untuk mencegah kerosakan saraf pada bayi dalam kandungan. Manakala suplemen asid folik dapat membantu mengawal perasaan, nafsu makan dan tidur lebih nyenyak.

Jika kekurangan - kerap merasa penat, berat badan menurun dan anemia. Amat disarankan untuk menjalani ujian darah bagi mengetahui kadar folik dalam darah.

Sumber - ubi bit, susu, sayuran hijau, tembikai susu dan hati.

Vitamin B 12- Kobalamin
Penelitian di Oxford University menunjukkan bahwa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang rendah boleh berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak.

Jika kekurangan - kurang ingatan, murung, mudah stres, hilang keseimbangan hilang nafsu makan dan anemia.

Sumber - daging lembu, ikan , telur, susu, kacang soya dan rumpai laut.

Shaklee B Complex menyediakan keperluan 8 jenis vitamin B dalam satu tablet kecil. Satu botol berharga RM53.75 untuk 120 tablet vitamin B.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Vitamin Shaklee boleh WhatsApp | sms 01131737525.

No comments: