cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

17 Apr 2015

5 LANGKAH KURANGKAN GOUT

Gout bukan penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan ubat tahan sakit atau biarkan sahaja sehingga rasa sakit hinag. Gout berkait rapat dengan kesihatan buah pinggang. Kekerapan mengambil ubat tahan sakit yang mengundang bahaya pada organ terbabit dan kajian terbaru ia dikaitkan dengan faktor pemakanan.

Lelaki lebih cenderung diserang Gout berbanding wanita. Ini kerana wanita dilindungi oleh hormon estrogen yang membantu menstabilkan keseimbangan sistem dalaman badan dan mencegah peningkatan paras asid urik dalam darah. Wanita berisiko selepas mengalami monopous.

ASID URIK

Gout terjadi akibat metabolisma asid urik yang tinggi dalam badan hingga menyebabkan radang pada bahagian sendi. Selain ibu jari, gout juga boleh menyerang bahagian tengkuk, bahu, tulang pinggul dan juga lutut.

Asid Urik adalah bahan hasil daripada pencernaan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina.

Protein purina ini akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik. Purina adalah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil  dari proses metabolisma.

Selain dari pemakanan seperti makanan laut, kekacang, daging merah yang boleh menyebabkan gout ,purina juga terdapat dalam organ dalaman haiwan seperti hati pedal ayam, perut dan otak.

Gout menyebabkan penghidapnya berisiko mengalami kerosakan buah pinggang di masa akan datang. Jika buah pinggang gagal berfungsi, ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing. Kesannya lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul pada buah pinggang dan membentuk kristal garam yang merosakkan dan mengecutkan buah pinggang. Akhirnya penghidap gout juga akan menghidap batu karang hipertensi.

5 LANGKAH KURANGKAN GOUT

KEKALKAN HIDRASI
Badan manusia memerlukan air untuk mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik  yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

ELAK BELI UBAT OUT DI KAUNTER
Ada beberapa jenis ubat gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan.

MAKAN SECARA SIHAT
Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa makanan yang mengandungi purina kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekaligus menyebabkan tahap said urik meningkat.

MENGEKALKAN BERAT BADAN
Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal, ia menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. Lakukan juga senaman sederhana.

REHAT
Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi pesakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

13 Apr 2015

GARAM TERSEMBUNYI DALAM MAKANAN SEHARIAN KITA

Tidak dinafikan garam merupakan bahan penting dalam kehidupan seharian kita. Namun pengambilan garam yang berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan anda dan keluarga. Garam bukan sahaja bahan makanan yang ada didapur, malah ia turut terkandung di dalam makanan harian yang kita beli mahupun makan diluar.

GARAM 
Garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan tubuh manusia dalam jumlah yang kecil sahaja. Garam juga dikenali sebagai Natrium Klorida dengan menggunakan simbol NaCI. Sodium ( nama lain bagi natrium) pula adalah mineral yang terkandung dalam garam. Garam juga boleh didapati dalam bahan pengawet dalam bentuk sodium nitrat dan sodium benoate.

Risiko Pengambilan Garam Yang Berlebihan
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit kardiovaskular
  • Penyakit buah inggang
Makanan Yang Tinggi Kandungan Garam
  • Marjerin
  • Jeruk
  • Jeli
  • mee kuning
  • Kicap
  • Jem
  • Cili boh 
  • Minuman ringan
  • Makanan segera
  • Keropok
  • Sos tiram
  • Makanan diproses
  • Minuman ringan 
  • Pizza 
  • Mee segera
Cara Alternatif Untuk Meningkatkan Rasa Makanan Selain Garam
  • Bawang
  • Rempah kari
  • Lada putih
  • Serai
  • Cuka 
  • Lemon
Cara Kurangkan Garam Dalam makanan Harian
  • Pilih buah-buahan dan sayuran segar
  • Lurangkan penggunaan mayonis dan dressing salad
  • Elakkan memakan buah-buahan segar dengan garam atau serbuk asam
  • Rendam makanan kering seperti ikan bilis, ikan masin atau udang kering sebeum dimasak
  • Sejatkan air dan bilas dahulu makanan dalam tin seperti kacang pis, cendawan dan sebagainya
  • Membaca label pada tin atau pek makanan yang di beli dan pilih makanan yang mengandungi kurang atau rendah garam
Saranan Pengambilan Garam

Saranan pengambilan garam untuk orang dewasa 

<1 sudu teh sehari = 5g garam = 2000mg sodium

Saranan pengambilan garam untuk bayi dan kanak-kanak mengikut umur

kurang 1 tahun  : kurang daripada 1g sehari (400mg sodium)
1-3 tahun           : 2g garam sehari (800mg sodium)
4-6 tahun           : 3g garam sehari (1200mg sodium)
7-10 tahun         : 5g garam sehari (2000mg sodium)
11 tahun ke atas : 6 g garam sehari (2400mg sodium)

12 Apr 2015

FRUKTOSA FAKTOR LAIN PUNCA PENYAKIT GOUT

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini ramai yang kena penyakit gout. Kata orang terlebih makan makanan laut menyebabkan banyaknya asid urik dalam badan.

Penyakit gout berlaku apabila tubuh gagal memproses protein. Makanan yang berprotein tinggi seperti ikan, udang, daging, telur, kacang dan lain-lain tidak boleh dimakan oleh orang yang berpenyakit gout. Protein dalam makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan lagi menjadi air dan urea.

Asid urik adalah separa pejal berkumpul pada celah tulang dan akhirnya membentuk tulang kristal batu gout. Kristal batu gout ini juga boleh terbentuk pada celah buah pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang.

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyiksakan.

Bukan faktor pemakanan protein sahaja menjadi punca kepada masalah gout. Ini kerana ramai di antara penghidap gout meskipun berpantang makan tetap juga mendapat serangan. Selain protein pengambilan minuman beralkohol, minuman bergula tinggi dan makanan proses yang menggunakan pemanis sirap jagung berfruktosa tinggi juga adalah antara penyebab utama gout.

Terdapat peningkatan ketara insiden penyakit gout ini sejak beberapa dekat lalu terutama di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sejak peningkatan penggunaan minuman berkarbonat, minuman jus dan minuman bergula terutamanya sirap jagung berfruktosa tinggi.

Fruktosa yang berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sendi gout. Fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi gout.

Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepada tenaga dan diproses sebagai asid urik. Selain itu, ia juga mengganggu hormon dopamine dalam otak hingga menimbulkan rasa ketagihan kepada fruktosa berlaku.

Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini menyumbang kepada kencing manis.

Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada pantang makanan berprotein seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya. Ia tidak disertai nasihat untuk mengawal minuman bergula, buah-buahan manis, jus yang mempunyai kandungan fruktosa  yang tinggi. Fruktosa ini lah satu-satunya jenis karbohidrat yang meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Kepada penghidap penyakit gout, sentiasalah peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyekit ini tidak akan melarat.

Menjaga berat badan - Kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

11 Apr 2015

KURANG MINUM AIR BAHAYA KEPADA TUBUH

Assalamualaikum...

Dalam keadaan cuaca yang panas terik, tekak ni betul-betul dahaga kan air. Selalunya air atau ais yang manis jadi pilihan sebagai penghilang dahaga. Bukan air putih.

Ramai yang mengambil remeh mengenai betapa pentingnya air dalam badan. Ada yang enggan minum air dalam kuantiti yang banyak kerana tidak suka, takut perut buncit dan banyak alasan lagi.

Air amat berguna kepada tubuh. Kekurangan air dalam tubuh boleh mendatangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Umum mengetahui kekurangan air dalam tubuh akan memberikan kesan kepada buah pinggang, tetapi tidak setakat itu sahaja.

12 FAKTA MENARIK MENGENAI AIR PUTIH

  • Menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Memelihara fungsi ginjal
  • Terapi untuk pelbagai penyakit
  • Mengurangi risiko kanser
  • Meredakan kepenatan
  • Ubat semula jadi untuk sakit kepala
  • Mengurangi kekejangan otot
  • Dapat menjadikan kulit lebih halus dan mulus
  • Dapat menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet
  • Lebih produktif dalam bekerja
  • Dapat menjaga hati dengan baik


MASALAH KESIHATAN AKIBAT KEKURANGAN AIR DALAM BADAN

Kehilangan Garam dan Cairan Tubuh
Kekurangan sumber air akan membuatkan tubuh kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kadar cairan dan garam. Tanda badan kekurangan cairan dan garam ialah mulut dan bibir menjadi kering, mata terasa kering dan pedij serta tubuh menjadi terhidrat.

Peningkatan Tekanan Darah
Hipertensi sangat dekat dengan mereka yang kekurangan cairan ataupun mereka yang mengalami penghidratan. Ketika sel tubuh sedang menghadapi kekurangan air, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia yang bernama vasopressin. Zat ini akan menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah tinggi.

Keletihan 
Adakah anda pernah rasa amat letih walaupun tidak melakukan apa-apa kerja yang berat ketika itu. Ini petanda badan kekurangan air. Dehidrasi sedang berlaku dan disebabkan itu tanda berasa amat letih dan mengantuk.

Jaringan dan sel dalam tubuh tidak mendapat air yang mencukupi dan penambahan enzim menjadi amat lambat hingga mencegah tubuh menjadi lebih produktif dan aktif. Anda akan sentiasa menguap dan menjadi tidak bermaya.

Masalah Pencernaan
Kekurangan air juga akan mengganggu sistem pencernaan. Air diperlukan oleh tubuh untuk menghadamkan makanan yang masuk dan seterusnya mengeluarkan makanan yang tidak dapat dicernakan. Kekurangan air untuk menghadamkan makanan akan menjadi racun di dalam tubuh. Masalah akan timbul ialah kembung, sakit perut, mual dan kehilangan nafsu makan.

Penambahan Berat Badan
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan penambahan berat badan. Ini kerana kekurangan cairan dalam tubuh akan memberi kesan kepada tahap metabolisma badan. Apabila kadar metabolisma menurun  sekaligus memberikan kesan kepada penambahah barat badan tanpa di sedari. Jadi, sekiranya berasa dahaga jangan segera mengambil minuman manis, sebaliknya ambil dahulu air putih.

Jangkitan Saluran Kencing
Pasti ramai yang pernah mengalaminya iaitu sakit ketika membuang air kecil. Itu adalah petanda tubuh kekurangan air. Gejala yang biasa terjadi ialah sakit ketika membuang air kecil, sakit punggung, urin akan menjadi warna keruh dan paling teruk ia akan mengandungi darah.

Kejang Otot
Kejang otot juga boleh terjadi saat badan kekurangan air. Ini kerana otot menjadi lebih sensitif dan mudah menjadi kejang. Jadi teruslah minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

10 Apr 2015

URUTAN KAKI BANTU TINGKATKAN KESIHATAN

Assalamualaikum..

Seharian bekerja pasti terasa penat. Duduk dari pagi sampai petang memang boleh menyebabkan sakit kaki dan perlukan urutan untuk legakan kaki yang kebas dan urat tegang. Urutan kaki juga baik untuk menenangkan dan menyegarkan bahagian tersebut. Bukan setakat itu sahaja, ia turut memberi manfaat yang besar bagi menyihatkan tubuh.

Kaki merupakan salah satu anggota tubuh yang selalu bekerja keras untuk menampung berat badan, berjalan dan berlari, tetapi acap kali diabaikan. Teknik mengurut kaki sebenarnya telah lama dpraktikkan bagi meningkatkan tahap kesihatan.

KEBAIKAN MENGURUT KAKI

Menambah Tenaga
Ketika kaki sedang diurut, sebenarnya telah berlaku proses pertambahan tenaga di dalam tubuh. pada masa yang sama , ia membantu memudahkan pengaliran tenaga di seluruh tubuh agar berjalan dengan lancar.

Meningkatkan Perjalanan Darah
Kaki sering 'diikat' dengan kasut yang ada ketikanya ketat dan menyakitkan. Cara ini secara tidak lansung membuatkan darah tidak mampu mengalir dengan baik. Namun, setelah diurut, pengaliran darah akan kembali normal.

Kurangkan Bengkak Kaki
Masalah pembengkakan kaki biasanya disebabkan oleh pengumpulan cecair yang dikenali sebagai edema. Lazimnya kerap berlaku kepada ibu hamil. Cara mengatasinya cukup mudah iaitu urut di bahagian tersebut dan banyakkan berehat.

Redakan Tekanan
Penyakit boleh terjadi dari pelbagai punca sama ada makanan, gaya hidup dan sebagainya. Salah satu yang sering dikaitkan adalah tekanan. Antara jalan penyelesaian yang boleh dilakukan adalah dengan mengurut kaki yang kepenatan. Selain merehatkan, ia juga mampu mengurangkan rasa cemas yang mungkin datang secara tiba-tiba.

Melegakan PMS dan Menopaus
Gejala PMS dan menopaus tidak banyak beza malah antara yang sering menyerang ialah sakit kepala, cemas, tekanan, lelah atau insomnia. Justeru urutlah kaki secara teratur vagi menghilangkan kesan tersebut.

Ubati Sakit Kepala
Mengurut kaki amat membantu untuk mengurangkan masalah sakit kepala dan migrain. Sekiranya dibebani penyakit tersebut maka segeralah cari tukang urut untuk 'memanjakan' kaki anda.

Turunkan Tekanan Darah
Darah tinggi bukanlah satu penyakit yang asing di kalangan masyarakat kita. Selain ubat yang diberi oleh doktor, terdapat kaedah lain yang boleh dipraktikan iaitu urutan kaki. Hanya peruntukan masa paling tidak 10 minit sahaja, tekanan darah dapat diturunkan selain meningkatkan mood serta meredakan perasaan cemas.

9 Apr 2015

RIBOFLAVIN VITAMIN B2 YANG PENTING UNTUK TUBUH

Assalamualaikum..

Masalah kekurangan vitamin tidak dikesan dengan cepat. Masalah kekurangan vitamin sering mengambil masa untuk dilihat gejala yang muncul.

Riboflavin ( Vitamin B2) adalah salah satu jenis vitamin yang sangat sensitif terhadap sinar ultra lembayung dan akan hilang apabila terdedah kepada matahari yang terik.

Apabila berada di dalam tubuh, riboflavin akan diserap ke dalam jaringan darah melalui dinding usus kecil. Dari sana, ia akan dibawa ke jaringan tubuh badan dimasukkan ke dalam enzim.

Hati memiliki konsentrasi tertinggi riboflavin kerana ia mengandungi sekitar satu per tiga daripada keseluruhan jumlah riboflavin dalam tubuh. Ginjal juga mempunyai konsentrasi riboflavin yang tinggi. Namun begitu, tubuh tidak dapat menyimpannya dalam tubuh dalam jumlah yang besar.

Riboflavin digunakan untuk mengukuhkan beberapa jenis makanan dan juga sebagai pewarna makanan. Ia digunakan dalam makanan bayi, bijirin sarapan, pasta, sos, keju yang dproses, minuman buah-buahan, produk susu vitamin yang diperkaya dan sesetengah minuman tenaga.

KEGUNAAN RIBOFLAVIN
Riboflavin digunakan utuk mencegah dan merawat perkara-perkara seperti berikut:

  • kekurangan tahap riboflavin dalam tubuh
  • penyakit jantung
  • kanser serviks
  • migrain
  • jerawat
  • kekejangan otot
  • sindrom Burning Feet
  • Sindrom Carpal Tunnel
  • Gangguan darah seperti congenital methemoglobinemia dan red blood cell aplasia.
  • masalah mata termasuklah kelesuan mata, katarak dan glukoma
  • masalah kulit seperti akne (acne rosacea), dermatitis dan ekzema
Selain daripada itu, riboflavin juga digunakan untuk membantu perkara-perkara seperti
  • meningkatkan tahap tenaga
  • meningkatkan fungsi sistem imunisasi
  • mengekalkan kesihatan rambut, kulit, membran mukus, kuku, sistem saraf, mata, mulut, hati.
  • melambatkan penuaan
  • menggalakkan penyembuhan luka, lecur dan lain-lain kecederaan dengan memelihata tisu dalam tisu.
  • meningkatkan restasi atlet
  • menggalakkan fungsi reproduksi yang sihat
  • membantu dalam merawat penyakit hilang ingatan, Alzhiemer, ulser, lecur, ketagihan alkohol, penyakit hati, sickel cell anemia dan merawat lactic acidosis yang diakibatkan oleh ubat yang digunakan dalam rawata penyakit AIDS.
Simptom-Simptom Kekurangan Riboflavin 

Kebanyakan individu yang sihat yang mengamalkan diet seimbang memperoleh riboflavin yang mencukupi seharian. Walau bagaimanapun, warga emas dan individu yang mengalami ketagihan alkohol berisiko untuk mengalami kekurangan Riboflavin akibat diet yang tidak seimbang.

Simptom kekurangan adalah seperti:
  • keletihan
  • anemia
  • pertumbuhan yang lambat
  • masalah penghadaman
  • pecah dan lepuh disekeliling mulut
  • lidah yang membengkak dengan warna magenta
  • kelesuan mata
  • bengkak dan sakit pada tekak
  • mata berair
Sumber Makanan Kaya Roboflavin

  • Roti dan bijirin
  • telur
  • produk tenusu
  • organ dalaman seperti hati dan buah pinggang
  • sayuran berdaun hijau
  • cendawan
  • tauge.

Shaklee B Complex membekalkan 8 jenis vitamin B untuk keperluan harian. Pengambilan vitamin B setiap hari digaungkan bersama dengan Vitamin C jadikan kulit cantik.  

Berminat untuk dapatkan B complex Shaklee dan produk lain anda boleh menghubungi saya 

sms / call / WhatsApp  01131737525

7 Apr 2015

10 TANDA KEKURANGAN ZAT BESI DALAM BADAN

Kekurangan zat besi adalah salah satu masalah kesihatan yang sering kali tidak disedari. Ini kerana gejala kekurangan zat besi biasanya sama seperti gejala masalah kesihatan lain seperti sakit kepala atau berasa penat.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa zat besi sangat penting bagi tubuh. Zat inilah yang akan menyelurkan sumber hemoglobin iaitu salah satu protein yang berfungsi menghantar oksigen ke dalam sel tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Kenali petanda andai diri kekurangan zat besi.

PENAT.

Apabila tubuh merasa cepat penat , lemah dan lesu ia petanda badan ketika itu kekurangan zat besi. Namun begitu, gejala dan petanda ini sukar untuk dikenalpasti kerana ramai yang beranggapan badan berasa penat disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang telah dilakukan. Bahaya kekurangan zat besi dalam badan ialah ia akan menyekat oksigen masuk ke dalam sel tubuh  hingga menyebabkan kekurangan tenaga.

HAID YANG BANYAK

Haid yang banyak adalah salah satu tanda yang patut diberi perhatian yang serius. Ada kalanya wanita menganggap ia perkara biasa dan mereka sihat kerana haid yang banyak keluar. Namun dari satu segi , ia mungkin petanda badan kekurangan zat besi. Sebaiknya lakukan pemeriksaan kesihatan.

PUCAT

Hemoglobin adalah zat yang memberikan kulit berwarna kemerah-merahan. Ia menandakan anda sihat dan cukup zat dalam tubuh. Namun jika wajah dan tubuh kelihatan pucat bermakna anda kekurangan zat besi. Ia senang dikenalpasti pada mereka yang berkulit cerah. Walau apa pun warna kulit anda, jika gusi, bibir bahagian dalam dan bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat kemungkinan anda kekurangan zat besi.


SERING TERMENGAH-MENGAH/NAFAS PENDEK

Nafas pendek ataupun selalu termengah-mengah merupakan salah satu ciri kekurangan zat besi. Cuba perhatikan nafas anda ketika melakukan aktiviti seperti biasa. Adakah anda mudah berasa penat dan letih ? Jika itu terjadi kemungkinan anda kekurangan zat besi, ini kerana tubuh kekurangan hemoglobin.

DENYUTAN JANTUNG TERLALU KUAT

Apabila kekurangan zat besi ia menyebabkan anda turut kekurangan hemoglobin dalam badan. Denyutan jantung akan bergerak dengan lebih cepat. Bahayanya  kerana anda amat berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan pembesaran jantung yang luar biasa disebabkan denyutan jantung yang tidak normal.

KAKI SERING KEBAS

Kaki sering kebas ataupun ada yang memanggilnya 'semut-semut'. Jika anda sering mengalami keadaan ini, itu juga petanda anda kekurangan zat besi. Itu adalah signal tubuh sedang mengalami kadar zat besi yang sanagt rendah.

SAKIT KEPALA

Walaupun anda kekurangan zat besi, tubuh secara lansung akan menghantar lebih banyak darah ke otak berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.Walaupun begitu, otak tetap akan menerima lebihan sedikit zat besi daripada sepatutnya. Ini menyebabkan arteri membengkak dan mengakibatkan anda sering menghadapi masalah sakit kepala.

SELERA YANG PELIK

Salah satu tanda tubuh anda kekurangan zat besi ialah anda memiliki selera yang pelik iaitu keinginan yang tinggi untuk menggigit ais dan apa sahaja yang tidak menjadi kebiasaan. Anda juga berselera pada makanan yang tidak mengandungi nilai nutrisi yang tinggi dan tidak mendatangkan zat pada tubuh. Dalam hal ini segeralah mencari makanan yang boleh menambahkan zat besi dalam badan.

KUKU MUDAH PATAH

Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan kuku menjadi semakin nipis, rapuh dan mudah patah. Ini adalah tanda yang mudah untuk dikenalpasti bahawa badan mengalami pengurangan zat besi.

RAMBUT GUGUR

Kekurangan zat besi juga akan menyebabkan rambut mudah gugur. Ini terjadi disebabkan oleh aliran darah yang tidak lancar kepada setiap organ tubuh. Ini memberikan kesan kepada organ tubuh yang penting dan menyebabkan akar rambut bermasalah dan berlakunya masalah keguguran rambut.

5 Apr 2015

VITAMIN PENTING UNTUK KESIHATAN LELAKI

Assalamualaikum..

Lazimnya wanita lebih bersemangat dalam mengambil suplemen. Suplemen ada pelbagai fungsi antaranya untuk kurus, kulit, kecantikan dan sebagainya. Namun suplemen juga bagus untuk kaum Adam. Nak tau apa yang terbaik? Jom tengok.

ASID FOLIK
Perlunya lelaki mengambil asid folik kerana membantu mengelakkan alzheimer, mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.

Sumber dari daiet harian : Buah-buahan ,sayuran dan bijirin.

OMEGA-3
Pengambilan Omega-3 setiap hari bagus untuk melindungi jantung, mengekalkan tekanan darah dan membantu mengurangkan risiko pembekuan darah dan arteri disekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung.

Sumber dari daiet harian : salmon, soya, udang.

VITAMIN E
Pengambilan Vitamin E sangat baik untuk kesihatan kerana antioksidan yang tinggi yang menghalang dari kerosakan sel akibat dari radikal bebas, asap rokok dan pencemaran udara. Pengambilan Vitamin E setiap hari membantu melambatkan proses penuaan dan juga mengurangkan kerosakan otot selepas senaman.

KALSIUM
Setiap peringkat umur perlukan kalsium dan perlu diambil setiap hari untuk menguatkan tulang, memadatkan jisim tulang dan untuk mengelakkan dari terkena osteoporosis. Selain itu, kalsium juga perlu dalam membantu dalam proses pengurangan berat badan, dan juga mujarab dalam masalah sembelit.

Sumber dari dait harian : sayuran hijau seperti brokili, bendi, bayam dan produk tenusu.

CHROMIUM
Chromium diperlukan untuk kesihatan yang optimum dan dikenali untuk meningkatkan tindakan insulin, penting untuk metabolisma dan penyimpanan karbohidrat, lemak, dan protein dalam badan. Sekiranya anda 'overweight' dan menghidap diabetes, pengambilan chromium adalah amat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.

Sumber dari diet harian : buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh susu rendah lemak dan produk tenusu.

BORON
Boron diperlukan untuk pertumbuhan yang normal dan kesihatan badan. Boron juga meningkatkan keupayaan secara semulajadi dalam tubuh manusia untuk menyerap kalsium dan magnasium. Lelaki dengan pengambilan boron yang mencukupi mempunyai 96% kurang risiko untuk menghidap kanser prostat berbanding lelaki yang kekurangan kandungan boron.

Sumber dari diet harian : sayur sayuran, buah-buahan, avokado dan kekacang.

ZINK
Zink sangat diperlukan oleh lelaki kerana zink mempengaruhi dalam kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma. Pengambilan zink setiap hari membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat serta mengurangkan risiko kanser prostat.

Sumber dari daiet harian : tiram

3 Apr 2015

BERTENAGA SEPANJANG HARI WALAUPUN BERPUASA DAN MENYUSUKAN ANAK.

Assalamualaikum...

Tinggal lagi beberapa bulan kita akan masuk bulan Ramadhan. In sha Allah jika diizinkan dan diberi kesihatan yang baik dapat lah kita sama-sama berpuasa di bulan Ramadhan.

Cakap pasal bulan ibadah puasa ni, ada ke yang belum habis ganti puasa lagi? Saya tahu ramai diantara kita yang sedang berpuasa ganti sebelum tibanya bulan Ramadhan. Termasuklah saya sendiri.

Alhamdulillah dapat juga melaksanakannya walaupun banyak cabaran dan dugaannya. antara cabaran yang saya hadapi adalah berpuasa dan menyusukan anak, keadaan cuaca yang begitu panas, dan lagi satu bau makanan di pejabat.

BERPUASA DAN MENYUSUKAN

Walaupun berpuasa, rutin harian menyusukan anak dan membuat stok EBM dapat jugak disempurnakan. Ramai yang bertanya tak penat ke puasa, buat stok EBM lagi?

Tip dan panduan menyusukan bayi ketika berpuasa

  • Banyakkan minum air kosong 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak keesokan paginya.
  • Jangan lupa sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. 
  • makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. kerana ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.
  • Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  • Makan banyak kurma. Kurma membekalkan tenaga kepada tubuh.
  • Makan karbohidrat dan makanan yang kaya dengan serat.
  • Kerapkan menyusu bayi. Semakin kerap mengosongkan payudara semakin cepat susu dapat dihasilkan.
BERPUASA DAN BERRTENAGA SEPANJANG HARI

Sebagai seorang pekerja , seorang isteri dan seorang ibu sangat-sangat memerlukan tenaga untuk melakukan rutin harian. Terutama ketika berada dirumah. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat serta vitamin dan suplemen adalah  sangat membantu dalam memberikan tenaga yang maksimum untuk melakukan tugasan harian.

Antara vitamin dan suplemen yang saya amalkan adalah
  • ESP
  • ALFALFA
  • VITAMIN B COMPLEX
  • VITAMIN C
  • OMEGA GUARD 
ESP
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protein. Protein adalah makan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.


Apa yang menarik tentang ESP adalah:
  • ESP adalah sumber protein lengkap yang ada 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
  • ESP diperbuat dari kacang soya semulajadi (non-GMO) dan ia bebas dari kolestrol dan rendah kadar indeks glisemik (GI).
  • ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
  • ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan pembentukan otot baru.
badan kita sangat perlukan PROTEIN. makanan utaman bagi sel adalah PROTEIN. SEL yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.

ALFALFA
Mempunyai 1001 khasiat, dan juga sebagai milkbooster. Dalam penyusuan, alfalfa membantu memekat susu dimana jumlah lemak di dalam susu ibu. Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas ( detok usus dan membuang toksin dalam badan ).

Alfalfa kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat ekzema, resdung, alergi, dan masalah keputihan.

Walaubagaimanapun, pengidap SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

VITAMIN B COMPLEX
Shaklee B complex dilengkapi dengan 8 komponen Vitamin B yang sangat diperlukan tubuh. Vitamin B adalah jenis larut air dan mudah dicerna. Vitamin B Complex berperanan penting dalam menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga yang diperlukan tubuh.Selain itu,pengambilan setiap hari dapat membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang baru, mengurangkan stress, dan salah satu kebaikan Vitamin B adalah mencantikkan kulit. 

VITAMIN C
Vitamin C sangat diperlukan tubuh. badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dan perlu diambil dari diet harian. Pentingnya pengambilan Vitamin C setiap hari adalah untuk meningkatkan sistem imun, menghalang kulit dari korosakan akibat daripada radikal bebas, asap rokok dan pencemaran udara. Vitamin C juga membantu dalam menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.



OMEGA GUARD
Shaklee Omega Guard membekalkan 99.9% Omega-3 yang dilengkapi dengan DHA, ALA dan asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Kebaikan pengambilan Omega-3 kepada ibu menyusu adalah dapat membekalkan keperluan DHA kepada anak melalui susu ibu untuk perkembangan otak.

Omega Guard juga membantu menyahkan lelemak dalam badan, kaya dengan Omega-3 yang baik untuk mengurangkan kolestrol, risiko penyakit kardiovaskular, darah tinggi, dan penyakit jantung. Pengambilan Omega Guard setiap hari oleh ibu yang menyusu membantu dalam mengurangkan berat badan.

Bonusnya dalam pengambilan vitamin ini, kulit saya semakin cerah dengan gabungan ESP, Vitamin B Complex dan Vitamin C. Saya juga tidak risau jika terlebih makan keranan gabungan ALFALFA dan Omega Guard mendetoks usus dengan cara semula jadi. Hasilnya kulit semakin cantik dan berat badan maintain dan kurus.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya di talian
sms / call / WhatsApp 01131737525




1 Apr 2015

PHYTOCOL-ST KURANGKAN KOLESTROL JAHAT SECARA SEMULAJADI

Kolestrol adalah zat lemak yang memberikan tenaga kepada sel-sel badan. Ia diproses dari makanan yang anda makan dan sangat penting jika diambil dalam jumlah yang sesuai. Namun, jika terlalu banyak kolestrol, ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berhubung dengan kardiovaskular seperti jantung, strok dan sebagainya.


Kolestrol tidak larut dalam darah dan ia dibawa ke dalam peredaran darah dengan menggunakan 'pengangkutan' yang dinamakan lipoprotein. Terdapat dua jenis lipoprotein iaitu lipoprotein ketumpatan rendah atau low density lipoprotein (LDL) dan lipiprotein berketumpatan tinggi atau high density lipoprotein (HDL).

LDL
Ia membawa kolestrol ke dinding-dinding pembuluh darah atau arteri. Pemendakan kolestrol ini menyebabkan arteri menjadi sempit. Jika arteri yang terlibat adalah arteri jantung koronari, maka seseorang itu akan menghidap penyakit jantung koronari dan berisiko untuk mendapat serangan jantung. Ia juga dipanggil kolestrol jahat.

Jika kadar LDL terlalu tinggi, seseorang itu berisiko untuk mendapat penyumbatan kepada arteri-srteri di seluruh badan dan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung koronari, strok dan penyakit arteri periferal.

HDL
Ia membawa kolestrol dari dinding-dinding arteri balik kepada hati lantas mengurangkan penyempitan arteri akibat pemendakan kolestrol. Proses ini mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. ia dikenali sebagai kolestrol baik.

TAHUKAH ANDA?
Bacaan jumlah kolestrol normal adalah kurang dari 5.2mm 1/L. Ini adalah pecahan kepada jumlah kolestrol LDL dan HDL.

Kadar LDL yang normal ialah kurang dari 4.2mmol/L tetapi sekiranya seseorang menghidap diabetes atau penyakit jantung koronari, maka kadar LDL ini perlu tidak melebihi2.6mmol/L atau mungkin juga serendah 1.8mmol/L bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang itu.

Kajian mendapati bahawa pemendakan kolestrol di dindig-dinding arteri berlaku di peringkat kanak-kanak lagi. Proses arteriosclerosis ini menjadi lebih hebat sekiranya seseorang itu mempunyai faktor-faktor risiko lain seperti merokok, diabetes, hipertensi dan kegemukan.

Cara Mengatasi Kolestrol

Kurangkan makan makan yang mempunyai kadar lemak atau kolestrok yang tinggi seperti makanan bergoreng, bersantan, daging merah, udang, sotong, mentega dan sebagainya.

kerap melakukan senaman dan bersukan untuk membakar lemak-lemak dalam badan.

Atasi Kolestrol Dengan Phytocol-ST

PHYTOCOL-ST
Bertindak secara semula jadi untuk merendahkan paras kolestrol. Phytocol-ST ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolestrol oleh tubuh.


  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolestrol LDL secara semulajadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol dan stanol.
  • Membekalkan 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee anda boleh menghubungi saya

sms/ call /  WhatsApp 01131737525