cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

5 Apr 2015

VITAMIN PENTING UNTUK KESIHATAN LELAKI

Assalamualaikum..

Lazimnya wanita lebih bersemangat dalam mengambil suplemen. Suplemen ada pelbagai fungsi antaranya untuk kurus, kulit, kecantikan dan sebagainya. Namun suplemen juga bagus untuk kaum Adam. Nak tau apa yang terbaik? Jom tengok.

ASID FOLIK
Perlunya lelaki mengambil asid folik kerana membantu mengelakkan alzheimer, mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.

Sumber dari daiet harian : Buah-buahan ,sayuran dan bijirin.

OMEGA-3
Pengambilan Omega-3 setiap hari bagus untuk melindungi jantung, mengekalkan tekanan darah dan membantu mengurangkan risiko pembekuan darah dan arteri disekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung.

Sumber dari daiet harian : salmon, soya, udang.

VITAMIN E
Pengambilan Vitamin E sangat baik untuk kesihatan kerana antioksidan yang tinggi yang menghalang dari kerosakan sel akibat dari radikal bebas, asap rokok dan pencemaran udara. Pengambilan Vitamin E setiap hari membantu melambatkan proses penuaan dan juga mengurangkan kerosakan otot selepas senaman.

KALSIUM
Setiap peringkat umur perlukan kalsium dan perlu diambil setiap hari untuk menguatkan tulang, memadatkan jisim tulang dan untuk mengelakkan dari terkena osteoporosis. Selain itu, kalsium juga perlu dalam membantu dalam proses pengurangan berat badan, dan juga mujarab dalam masalah sembelit.

Sumber dari dait harian : sayuran hijau seperti brokili, bendi, bayam dan produk tenusu.

CHROMIUM
Chromium diperlukan untuk kesihatan yang optimum dan dikenali untuk meningkatkan tindakan insulin, penting untuk metabolisma dan penyimpanan karbohidrat, lemak, dan protein dalam badan. Sekiranya anda 'overweight' dan menghidap diabetes, pengambilan chromium adalah amat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.

Sumber dari diet harian : buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh susu rendah lemak dan produk tenusu.

BORON
Boron diperlukan untuk pertumbuhan yang normal dan kesihatan badan. Boron juga meningkatkan keupayaan secara semulajadi dalam tubuh manusia untuk menyerap kalsium dan magnasium. Lelaki dengan pengambilan boron yang mencukupi mempunyai 96% kurang risiko untuk menghidap kanser prostat berbanding lelaki yang kekurangan kandungan boron.

Sumber dari diet harian : sayur sayuran, buah-buahan, avokado dan kekacang.

ZINK
Zink sangat diperlukan oleh lelaki kerana zink mempengaruhi dalam kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma. Pengambilan zink setiap hari membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat serta mengurangkan risiko kanser prostat.

Sumber dari daiet harian : tiram

No comments: