cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

29 Dec 2016

10 SEBAB BIBIR JADI HITAM & KUSAM PUNCA MENYEBABKAN WAJAH HILANG SERI

 Bibir kita juga adalah kulit yea. Penjagaan bibir tidak harus diabaikan. Ini kerana bibir adalah yang paling cepat nampak kesan kering, kusam,pecah,mengelupas dan hitam sekiranya kita dehidrasi,ataupun alergik.


10 sebab bibir jadi hitam dan kusam

1  Pancaran sinar matahari
Pancaran sinaran matahari yang kuat sangat tidak baik untuk kulit. Bibir juga tidak terkecuali. Oleh itu sangat penting menggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF yang tinggi ketika berada diluar rumah.

 2  Lipstik
Sisa lipstik di bibir merupakan salah satu penyebab bibir menjadi hitam. Ramai wanita memakai lipstik namun tidak membersihkannya sebelum tidur. Sisa lipstik yang masih ada pada bibir boleh menjadi penyebab bibir menjadi hitam.

 3  Rokok
Rokok mengandungi nikotin yang tinggi, dalam jangka panjang nikotin mampu mempengaruhi warna bibir menjadikan pecah-pecah serta menghitam.

 4  Kehilangan kelembapan kulit
Kelembapan kulit sangat penting terutamanya bibir. Bibir terutamanya akan jelas menunjuk kan tanda-tanda kehilangan lembapan atau dehidrasi. Kebiasaannya bibir akan menjadi kering, merekah dan pecah-pecah serta kehitaman akibat dehidrasi.

 5  Sering menggigit bibir
Sering menggigit bibir kadangkala menjadi satu habit sesetengah orang. Akibat daripada perbuatan menggigit bibir boleh menyebabkan bibir menjadi lebam dan kehitaman.

 6 Kafein
Anda suka minum kopi? jika ya anda perlu tahu bahawa jumlah kafein yang diambil setiap hari juga boleh menjadi penyebab terjadinya bibir hitam. Untuk mendapatkan bibir yang cantik anda harus menghadkan pengambilan kafein setiap hari.

 7 Kurang vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk tubuh. Kekurangan Vitamin C juga boleh menyebabkan pigmentasi terjadi pada bibir. Lama kelamaan bibir kan kehitaman akibat kekurangan Vitamin C. Penuhi keperluan Vitamin C setiap hari agar bibir anda kelihatan lebih berseri.

 8 Dehidrasi
Pastikan diri anda kekal terhidrasi dengan amalan meminum air 8 gelas setiap hari. Dehidrasi boleh menyebabkan bibir kering dan kehitaman kerana kekurangan kandungan mineral di dalam tubuh.

 9 Alahan
Sesetengah wanita mengalami alahan terhadap pemakaian kosmetik . Anda harus berhati-hati dalam pemilihan kosmetik supaya tidak terkena alahan yang boleh menyebabkan bibir menjadi mengalami iritasi dan kehitaman akibat daripada kandungan bahan kimia yang terkandung dalamnya.

 10 Diet
Ketika anda melakukan program diet beberapa perkara yang diperlukan oleh tubuh khususnya vitamin. Kurangnya vitamin akan mempengaruhi tahap kesihatan. tidak terkecuali bibir juga akan bertukar warna dan kelihatan tidak berseri. Oleh itu anda sebaiknya menjaga keperluan nutrisi dan  vitamin ketika menjalankan program diet.

Untuk Bibir kekal sihat dan lembab terurus lakukan scrub bibir seminggu sekali. Lalukan madu setiap hari pada bibir. Pakai pelembap bibir ketika berada dirumah mahupun di luar rumah.

FRESHPICKS telah memperkenalkan set penjagaan bibir yang lengkap untuk anda setiap hari. Set lengkap ini didatangkan khas untuk anda yang inginkan bibir yang cantik manis berseri. Yang yang mudah dibawa dan senang digunakan.




Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Pn SARA 011.31737525

No comments: