cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

28 Mar 2014

Adakah anda mendapat cukup Kalsium dan vitamin D ?


Mendapat cukup kalsium dan vitamin D adalah dua perkara yang terbaik anda boleh lakukan untuk memastikan tulang anda sihat.

Kedua-dua nutrien bekerjasama untuk membuat anda kurang cenderung untuk keretakan tulang atau mendapat osteoporosis, penyakit yang melemahkan diusia tua. Jika kita mempunyai jumlah yang cukup kalsium dan vitamin D, ia benar-benar boleh membantu dengan menjadikan tulang kuat.

Berapa Banyak Vitamin D dan Kalsium yang anda perlukan ?

Vitamin D diukur dalam unit antarabangsa (IU). 
☆ Dewasa usia 19-70: 600 IU setiap hari
☆ Dewasa yang lebih tua daripada 70: 800 IU setiap hari

Pengambilan kalsium pula berbeza- beza mengikut umur dan jantina, cadangan harian :

♥ Bayi yang baru lahir hingga 6 bulan: 200 miligram
♥ Bayi 7-12 bulan: 260 miligram
♥ Kanak-kanak 1-3: 700 miligram
♥ Kanak-kanak 4-8: 1,000 miligram
♥ Kanak-kanak dan remaja 9-18: 1,300 miligram
♥ Dewasa 19-50: 1,000 miligram
♥ Lelaki dewasa 51-70: 1,000 miligram
♥ Wanita dewasa 51-70: 1,200 miligram
♥ Semua orang dewasa 71 dan lebih tua: 1,200 miligram
♥ Wanita mengandung / menyusukan : 1,000 miligram

Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Vitamin D dan Kalsium?

Anda boleh mendapatkan kalsium daripada makanan tenusu seperti susu, keju, dan yogurt. Kalsium juga secara semula jadi yang terdapat dalam makanan tumbuhan termasuk brokoli, kale, dan kubis Cina. Sesetengah makanan telah menambah kalsium, seperti jus oren dan sarapan bijirin.

Banyak makanan mempunyai vitamin D, termasuk:

         ★ Salmon, tuna, sardin, ikan kembung, dan udang
★Kuning telur
         ★ Daging, hati
★Cendawan
 ★Makanan yang ditambah vitamin D, seperti susu dan sesetengah bijirin, yogurt, dan      jus oren


Jika anda tidak mendapat semua vitamin D dan kalsium yang anda perlukan dari sumber makanan, pengambilan multivitamin atau supplemen adalah digalakkan. Hal ini kerana tidak semua orang suka kepada produk tenusu dan ada yang mengalami alahan terhadap produk tenusu.


Dalam penjagaan kesihatan tulang dalam tempoh jangka masa panjang, pengambilan kalsium dan vitamin D perlulah berterusan sejak diusia muda lagi. Bagi memudahkan pengambilan kalsium, Ostematrix Shaklee telah menyediakan keseimbangan yang baik dalam penyerapan kalsium dalam badan. Satu tablet ostematrix mengandungi kalsium, magnasium, vitamin D yang lengkap untuk keperluan tubuh.


27 Mar 2014

HILANGKAN JAUNDIS DENGAN SUSU IBU

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hampir sebulan saya berpantang setelah melahirkan anak yang ke-2. Alhamdulillah, anak ke-2 saya dikurniakan anak lelaki. Sudah ada sepasang. Dan yang paling penting adik tidak terkena demam kuning atau lebih dikenali dengan nama Jaundis.

Kebiasaannya bayi yang baru dilahirkan akan terkena Jaundis. Apa itu Jaundis ?

Jaundis terjadi kerana pembentukan bilirubin dalam darah, bilirubin iaitu pigmen berwarna kuning yang terbentuk dari pemecahan sel-sel darah merah yang sudah tua. Pemecahan sel-sel darah merah tersebut adalah normal. BAyi yang baru lahir sering mengalami penyakut kuning pada beberapa hari pertama kerana enzim di hati bertugas mengolah bilirubin relatif belum matang.

Kadar bilirubin yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Cara mudah untuk mengenal jaundis ialah tekan perlahan-lahan pada dahi bayi, hidung, dada, peha kiri, peha kanan, dan di kedua-dua tapak kaki bayi dengan menggunakan ibu jari. Perhatikan jika tempat yang ditekan ada tanda kuning atau sebaliknya.

Sekiranya kulit bayi masih kekuningan selepas beberapa hari, ujian darah perlu dilakukan untuk mengukur tahap bilirubin pada bayi.

Jaundis dapat dihilangkan dengan penyusuan susu ibu. Penyakit jaundis menjadi lama kerana bayi tidak mendapat cukup susu ibu.

Kenapa susu ibu? Umum mengetahui betapa istimewanya susu ibu kerana mengandungi antibodi bagi melindungi bayi. Bayi dapat menghadam susu ibu dengan mudah dan selesa untuk perut bayi. Susu ibu mengandungi pelbagai nutrien semulajadi yang dapat membantu perkembangan dan tubesaran bayi.

Menyusui bayi dengan kerap membantu menghilangkan jaundis melalui pembuangan najis. Semakin kerap bayi membuang air besar semakin cepat jaundis hilang dari badan. sekiranya bayi kurang menyusui susu ibu, bilirubin mungkin akan deserap kembali ke dalam darah. Sekiranya jaundis menjadi serius pertukaran darah pasti akan dilakukan.

Menyusui lah bayi anda sebaik sahaja dilahirkan. Terutamanya dalam tempoh sejam yang pertama. Itulah yang saya lakukan selepas bersalin. Dan anak saya bebas jaundis.

Ingin menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif? Jom dapatkan set penyusuan dari saya.







21 Mar 2014

ATASI SEMBELIT DENGAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Sembelit? Pasti menyakitkan. Terutama bila lepas bersalin. Sangat mengerikan bila sakit perut untuk membuang air besar. Perasaan tidak enak mula terasa. Risau takut sakit, jahitan terbuka dan luka.

Bagi saya, alhamdulillah selepas bersalin tidak mengalami sembelit. Bukan sahaja selepas bersalin malah sepanjang tempoh kehamilan juga saya tidak sembelit. Masuk hari ke dua berpantang saya sudah mula membuang air besar dan setiap hari tanpa sembelit.

Apa itu sembelit?

Sembelit adalah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar. Sembelit bukanlah satu penyakit tetapi satu gejala. Orang yang normal akan membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh:

♥ otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
♥ otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
♥ takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Beberapa cara untuk mengatasi masalah sembelit selepas bersalin adalah:

★ Banyakkan minum air kosong sekurang - kurangnya 8 gelas sehari. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing serta mengurangkan sembelit.
★ Elakkan tabiat menahan untuk membuang air besar. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya memburukkan lagi keadaan.
★ Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi.

Walau bagaimanapun, para ibu juga boleh mengambil suplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. suplemen yang disarankan adalah yang mengandungi magnasium.

Rahsia saya, Ostematrix Shaklee. Dilengkapi dengan kalsium, magnasium dan vitamin D yang lengkap dan seimbang untuk penyerapan kalsium dalam badan.

Ostematrix Shaklee juga membantu:

♥Tidur malam lebih lena
♥Menghilangkan rasa kebas pada kaki
♥Mengelakkan rasa sakit pinggang
♥Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan untuk membuang air besar.