cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Nov 2015

VITAMIN YANG DIPERLUKAN OLEH MATA UNTUK KEKAL SIHAT DAN CANTIK

Mata adalah anugerah yang diberikan Tuhan. Lelaki mahupun wanita perlu menjaga kesihatan mata supaya ianya tidak sakit dan rosak.


Pengambilan makanan seharian perlulah mengandungi vitamin yang penting untuk penjagaan kesihatan mata supaya mata sihat dan bersinar. Jom tengok vitamin yang diperlukan oleh mata.

PROTEIN
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisma serta pemprosesan baha kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.

KALSIUM
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.

VITAMIN A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Maknan yang kaya vitamin A ialah minya ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayuran hijau dan oren.

VITAMIN B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.

VITAMIN C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.

VITAMIN E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin dan sayur-sayuran hijau.

ZINK
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.

INFO
Elakkan MSG berlebihan dalam makanan. MSG mengandungi neurotoxin yang boleh menyebabkan glaukoma.