cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Aug 2013

ALAHAN DIAWAL KEHAMILAN

Assalamualaikum...

Dah lama saya tak menulis.. badan tak berapa sihat buat masa ini... tapi alhamdulillah diatas rezeki yang dikurniakan olehNya.

Hari ini saya nak cerita pasal alahan diawal kehamilan. Saya sendiri mengalami alahan yang teruk semasa hamil anak kedua ini..

Antara simptom alahan ketika hamil ialah kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema, sakit perut, muntah, cirit-birt dan pening atau berasa keliru.

Imunologi Klinikal dan Pakar Alergi serta Pakar pediatrik, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff berkata, golongan wanita yang sedang hamil juga berpotensi untuk mendapat alahan sama ada secara sedar ataupun sebahagian daripada mereka tidak pernah mengetahuinya.
Bagi mereka yang sediakala mempunyai alahan atas faktor sejarah keluarga ia adalah perkara biasa bagi mereka, namun masih memerlukan rawatan dan pengawalan pengambilan makanan secara konsisten.

Sementara itu, bagi wanita yang mempunyai gejala dan simptom seperti alahan semasa di awal kehamilan, tetapi belum dapat mengenal pasti keadaan tersebut, sebaiknya pemeriksaan awal perlu dilakukan dengan segera.

Pemeriksaan pada peringkat awal boleh membantu menyelamatkan kondisi ibu dan bayi dalam kandungannya melalui rawatan dan ubat-ubatan yang diambil.
Bukan semua alahan mempunyai simptom seperti yang biasa dilihat, juga bukan semua wanita hamil mempunyai alahan kerana sebahagiannya mempunyai penyakit ini sejak sebelum hamil lagi.

Alahan terbahagi kepada banyak bentuk dan keadaan. Sebahagian alahan terjadi kepada wanita hamil disebabkan berlaku perubahan hormon pada badan wanita tersebut.
Wanita hamil tidak boleh membuat andaian bahawa simpton seperti alahan yang mereka sedang alami adalah alahan, sebaliknya, langkah terbaik apabila mempunyai simptom ini adalah dengan membuat pemeriksaan awal untuk mengenal pasti kesahihan penyakit tersebut.

Pemeriksaan untuk mengenal pasti penyakit ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu melalui imbasan dan pemeriksaan darah.

Selalunya alahan kepada ibu mengandung disebabkan faktor pemakanan. Apabila ibu yang dikenal pasti mempunyai alahan disebabkan jenis pengambilan makanan seperti kacang dan makanan laut mereka akan dinasihatkan oleh doktor untuk mengehadkan pengambilan jenis makanan tersebut.

Namun, berdasarkan beberapa kajian dan garis panduan pemakanan Amerika Syarikat dan Eropah, masih belum terbukti bahawa ibu hamil yang menghidap alahan perlu mengelak daripada mengambil makanan berkhasiat seperti soya, gandum, kacang, makanan laut dan ikan kerana ditakuti memberi kesan kepada kesihatan diri dan bayi.

Sebaliknya, mereka yang mempunyai alahan digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat selain pada masa yang sama mengutamakan diet yang seimbang.
Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan untuk lima hidangan sehari serta protien, karbohidrat dan nutrien.

Makanan yang seimbang membantu tumbesaran dan pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu selain memberikan nutrisi yang cukup kepada bayi

Namun, jika si ibu mengalami alahan yang terlalu teruk sehingga menjejaskan kesihatannya, keadaan ini perlu diatasi dengan segera.

Sekiranya keadaan ibu yang mengalami alahan teruk pada peringkat awal kehamilan sehingga menjejaskan kesihatan ibu, berkemungkinan ia memberi kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan bayi.