Penampilan anda tidak hanya dipengaruhi oleh produk
kecantikan yang digunakan setiap hari. Ia juga bergantung pada apa yang anda
makan dan minum. Perlu difahami bahawa pertumbuhan rambut juga turut
dipengaruhi oleh apa yang anda makan. Makanan yang tepat dapat menyuburkan
rambut dan membuatkan rambut lebih lembut, halus dan bersinar.
Berikut adalah 10makanan yang membantu membuatkan rambut
menjadi halus, lembut dan bersinar jika diamalkan secara rutin.
1 SALMON
Ikan salmon sangat kaya dengan asid lemak omega 3 yang sihat
untuk menyuburkan rambut.Omega 3 ini juga berkhasiat untuk memberikan kesan rambut bersinar dan
halus.Fakta mengatakan bahawa makanan yang mengandungi omega 3 dapat membantu
keadaan kesihatan rambut secara keseluruhan. Jika tubuh anda kekurangan nutrisi
omega 3, rambut mudah rapuh. Untuk alasan ini, penting untuk makan makanan yang mengandungi nutrisi omega 3.
2. SAYURAN HIJAU
Sayur bayam. Kangkung dan sayuran hijau yang lain
mengandungi jumlah vitamin A dan C
tinggi yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut yang siaht dan
kuat. Oleh itu pastikan anda memasukkan sayur-sayuran dalam menu harian anda.
Hal ini kerana memang sudah terbukti bahawa sayur-sayuran mampu menyihatkan
rambut.
3. TIRAM
Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zat ini boleh menyebabkan
keguguran rambut. Selain rambut, kekurangan zink juga boleh menyebabkan bulu
mata mudah gugur serta menyebabkan kulit kepala kering dan bersisik. Anda jga
boleh mendapatkan zink daripada beberapa bahan makanan seperti bijirin dan roti
gandum. Walau bagaimanapun tiram juga kaya dengan kandungan protein. Tanpa
peotein yang cukup. Tubuh anda tidak dapat menggantikan rambut yang gugur
setiap hari.
4. DAGING PUYUH
Menu yang sering dianggap luar biasa ini kaya dengan
protein, zink, zat besi dan vitamin B.kandungan dalam daging puyuh mampu
menjaga helaian rambut agar kuat dan tidak mudah rapuh. Hal ini kerana
sebahagian besar rambut dibangunkan oleh protein.
5. UBI
Ubi merupakan bahan makanan yang kaya dengan beta karotena.
Beta karotena sendiri merupakan bahan yang diolah oleh tubuh menjadi vitamin A.
Vitamin ini membantu melindungi dan menghasilkan minyak yang menguatkan kulit
kepala. Oleh kerana itu, kekurangan vitamin A boleh membuatkan seseorang berasa
gatal kulit kepala hingga mengalami masalah kelemumur. Pilihan ubi terdiri
daripada ubi keledek, ubi kayu, ubi kentang dan sebagainya.
6. KIWI
Buah kiwi bukan sahaja sedap dimakan tetapi mewah dengan
jumlah vitamin A yang membantu melindungi helaian rambut anda. Buah kiwi
merupakan sumber makanan terbaik untuk kulit kepala.
7. BERI BIRU
Buah super eksotik ini sememangnya kaya dengan vitamin C.
Vitamin C sangat penting untuk sistem pengaliran darah pada kulit
kepala.kandungan vitamin C juga
menyokong pembuluh darah kecil menyalurkan zat pada folikel rambut. Kurangnya
vitamin C bolah menyebabkan kerosakan pada rambut.
8. SUSU RENDAH LEMAK
Susu rendah lemak merupakan sumber protein tinggi yang
mengandungi vitamin D dan nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan rambut.
Terbukti bahawa susu rendah lemak bukan sahaja untuk mengawal berat badan
tetapi dalam masa yang sama merupakan makanan hebat untuk rambut anda.
9. KACANG- KACANGAN
Makanan ini memiliki kandungan tinggi vitamin, zat besi,
zink dan mineral penting. Ia dapat menghasilkan rambut yang sihat dan kuat.
Makanan ini juga merupakan sumber protein tanpa lemak.
10. TELUR
Telur juga merupakan sumber protein tanpa lemak. Sumber
makanan ini juga turut mengandungi jumlah vitamin B yang tinggi dan amat
diperlukan untuk kesihatan rambut. Seelok-eloknya pilih telur omega 3 atau
telur organik.
Mudahkan nak dapat rambut yang cantik menawan...Hanya dengan makan makanan yang berkhasiat. Sungguh pun kita bertudung, namun penjagaan rambut tidak harus diabaikan.
No comments:
Post a Comment