1.
Tidur tidak tentu masa
Paling penting anda harus memastikan masa
tidur anda teratur kerana tidur yang tidak cukup dan tidak teratur memberi
kesan pada bawah mata. Secara tidak lansung membuatkan kulit anda tidak bermaya
dan kusam
2.
Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa anda sedari telefon bimbit yang ada
kalanya dibawa ke tandas, diatas meja kotor dan di dalam beg yang penuh dengan
habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan
telefon tersebut. Jadi bersihkan terlebih dahulu telefon sebelum
menggunakannya.
3.
Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata
semuanya anda makan. Sedangkan anda sudah tahu makanan berminyak dan
berkolestrol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat
dan dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah anda mengawal pemakanan
kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah anda akan kekal sihat
dan cergas.
4.
Kerap mengerutkan mata
Anda yang suka mengerutkan wajah
terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata? Perlu diingatkan,
tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit anda
cepat berkerut dan kelihatan tua.
5.
Malas ganti sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah
anda akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan
menimbulkan bakteria. Sekiranya anda malas menggantikan sarung bantal, hal ini
bermakna anda akan tidur di atas timbunan bakteria.
6.
Menjadikan dir sebagai bahan eksperimen
Daripada satu produk ke satu produk anda
telah gunakan. Malah anda menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga memberikan
kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mmudah terpengaruh dengan cadangan
teman-teman ataupun iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.
No comments:
Post a Comment