cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

25 Nov 2013

RISAU ANAK OBES?


Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja telah menjadi satu perkara yang tidak lagi dipandang remeh oleh para doktor dan pengamal perubatan di seluruh dunia.

Ini kerana obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah berkait rapat dengan kualiti hidup yang tidak bagus terutamanya mengenai masalah keyakinan diri. Di samping itu, ia juga sangat berkait rapat dengan masalah kardiovaskular apabila meningkat dewasa.

Peratusan kanak-kanak lebih berat badan dan obes adalah lebih banyak di negara-negara maju berbanding negara membangun seperti Malaysia. Di Malaysia peratusan kanak-kanak obes semakin meningkat di mana lebih ramai kanak-kanak lelaki yang obes berbanding kanak-kanak perempuan.

Punca obesiti terbahagi kepada dua. Pertamanya; obesiti primer yang selalunya di sebabkan ketidakseimbangan dan pengeluaran tenaga. Kedua; obesiti sekunder yang puncanya boleh terjadi rentetan daripada masalah perubatan seperti sindrom ‘cushing’, ubat-ubatan, penyakit kurang tiroid atau masalah genetik seperti sindrom “prader-willi” dan lain-lain.

PUNCA

Terdapat beberapa kumpulan faktor yang telah dikenal pasti sebagai mempunyai risiko dan menyumbang kepada kegemukan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Antaranya adalah:

IBU DAN BAPA YANG OBES . Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa obes adalah 10 kali berisiko menjadi obes.

KEADAAN IBU SEMASA MENGANDUNG . Ibu yang mengalami penyakit diabetes semasa mengandung dilihat mempunyai anak yang obes. Begitu juga dengan ibu yang merokok semasa hamil

BERAT BAYI YANG NAIK MENDADAK . Pada umur 4 bulan atau bayi yang berada di tahap tertinggi di graf berat badan pada umur 8 ke 18 bulan dilihat lebih cenderung menjadi obes.

KURANGNYA AKTIBITI FIZIKAL . Menonton televisyen sambil mengambil snek mengandungi banyak kalori dan minum karbonat yang tinggi kandungan gula telah terbukti meninggikan risiko kanak-kanak menjadi obes.

DIET ; Kanak-kanak yang tidak mampu mengambil sarapan pagi adalah lebih beririko untk obes. Pengambilan makanan dalam bahagian yang besar mengandungi lemak dan gula yang berlebihan akan meningkatkan berat badan.

CARA HIDUP  dan persekitaran di rumah dan sekolah juga memainkan peranan yang penting. Makanan yang berkalori tinggi yang dijual di sekolah serta restoran makanan segera amat menarik minat kanak-kanak. Tambahan pula sekiranya makanan yang serupa di masak juga dirumah seperti “nuget segera” dan lain-lain makanan segera.

Antara srategi atau langkah pencegahan yang mempunyai impak adalah:

·         Lebihkan aktiviti fizikal – galakkan anak untuk menceburi lebih banyak aktiviti fizikal di sekolah mahupun di luar sekolah.
·         Persekitaran yang menggalakkan aktiviti fizikal – mengadakan persekitaran rumah atau sekolah yang lebih cenderung untuk aktiviti fizikal.
·         Hadkan masa menonton TV atau bermain komputer
·         Kurangkan amalan makan diluar
·         Buat diari atau jadual pemakanan
·         Sediakan makanan mengikut piramid makanan

·         Ambil makanan yang berkhasiat.

No comments: