1. Kecantikan bermula dari dalam diri. Justeru, elemen
pemakanan dalam islam amat dititik beratkan terutamanya pengambilan banyak
buah-buahan dalam diet harian dan mengharamkan alkohol.
2. Amalkan makan tamar Nabi Ajwa. Pengambilan kurma istu
sebanyak tujuh biji sebelah pagi dan petang, dapat mengelakkan diri daripada
terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak terurus dirinya. Kajian
sains menunjukkan khasiat dalam kurma itu amat tinggi dan dikatakan agen keremajaan
kerana individu yang mengamalkan pemakanannya, kelihatan muda dengan kulit
wajah lebih tegang dan muda.
3. Islam menggalakkan umatnya berpuasa kerana ia
mendatangkan kebaikan kepada mental dan fizikal. Justeru amalan berpuasa sunat,
selain mendapat pahala, akan turut mampu memancarkan kecantikan dalaman dan
terserlah daripada luaran.
4. Kesan solat lima waktu amat menakjubkan. Air sembahyang
yang diambil menerusi bacaan Bismillah serta turutan merata ke anggota badan,
dapat mengubahkan molekul air kepada bentuk cantik, yang memberi kesan
kesegaran kepada kulit. Gerakan dalam solat mempunyai hikmah kesegaran kepada
individu, justeru orang yang kerap bersolat, wajahnya lebih tenang, redup dan
berseri.
5. Individu kerap berjaga malam dengan bersolat dan membaca
al-Quran turut membantu kekuatan dalaman. Justeru kehebatan itu terserlah pada
muka dan tingkah lakunya.
No comments:
Post a Comment