Wanita
yang hamil memerlukan pemakanan yang
seimbang, sihat, dan berkhasiat
penting bagi memastikan perkembangan janin yang sihat selain mengekalkan
kesihatan ibu.
Pemakanan
bagi ibu mengandung penting bagi memenuhi keperlukan nutrien dan memastikan penambahan
berat badan yang bersesuaian semasa mengandung.
Pemilihan
makanan yang bernutrien tinggi penting bagi memastikan bayi dalam kandungan
dapat membesar dan sihat. Antara makanan bernutrien yang perlu diambil adalah
seperti:-
v Kalsium ( susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang
soya )
v Zat besi ( hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat
galian dan kekacang jenis kering )
v Vitamin A ( hati, susu, dan telor )
v Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu )
v Vitamin C ( jambu, betik dan limau )
v Asid Folik ( sayuran berdaun hijau, hati dan kacang )
Sekiranya
ibu mengandung mempunya masalah semasa mengandung, beberapa saranan pemakanan
berikut dapat digunakan sebagai panduan:-
Ø Lactose intolerance
§ Cuba produk susu dengan
minuman yang mengandungi rendah laktosa.
§ Lebihkan pengambilan
ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan ( sardine,ikan bilis)
§ Minum susu kacang soya
dan prosuk kacang soya
§ Ambil lebih sayuran
seperti bayam dan kalian yang mempunyai kalsium yang baik
Ø Loya ( morning sickness
)
§ Makan pada waktu makan
yang teratur
§ Makan dengan amaun yang
sedikit tetapi kerap
§ Kurangkan pengambilan
makanan yang berlemak atau bergoreng
§ Minum banyak air
Ø Sakit ulu hati (
heartburn )
§ Makan dengan amaun yang
sedikit tetapi kerap
§ Kunyah makanan dengan
perlahan
§ Elakkan berbaring
sejurus selepas makan
Ø Sembelit (constipation )
§ Minum banyak air
§ Ambil makanan yang
tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat,
dan sayuran )
Pengambilan suplemen/ vitamin seperti yang disarankan oleh doktor sangat perlu semasa kehamilan bagi membekalkan nutrien penting bagi ibu dan tumbesaran janin dan mengelakkan risiko kesihatan dan kecacatan janin.
Selepas
melahirkan, ibu-ibu juga memerlukan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi
untuk menghasilkan susu ibu serta menjaga kesihatan ibu dan bayi. Ini adalah
kerana :-
· Membekalkan diet yang
mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurangan semasa menyusu
bayi.
·
Menggalakkan
pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi bagi perkembangan bayi.
·
Memperoleh
kembali berat badan yang ideal (iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat
semasa mengandung).
· Mengelakkan pengurusan
pemakanan yang salah dan dapat memudaratkandiri sendiri dan bayi.
No comments:
Post a Comment