Tekanan darah
tinggi
atau hipertensi memberikan gambaran tekanan darah pada dinding arteri
meningkat. Jantung menghasilkan tekanan apabila mengepam darah ke seluruh
badan.
Hipertnsi adalah keadaan tanpa gejala, di
mana tekanan yang abnormal tinggi dalam arteri menyebabkan meningkatnya risiko
strok, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.
Terdapat dua bacaan dalam pengukuran
tekanan darah, iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai
tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) ialah
tekanan darah diastolic.
v
Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah
dalam arteri ( salur darah) apabila jantung mengepam darah.
v
Tekanan darah diastolic ialah tekanan darah
dalam arteri apabila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.
Hippertensi atau darah tinggi adalah
antara penyakit yang dialami dalam kalangan golongan dewasa di pertengahan umur
dan warga tua di Malaysia. Hipertensi lebih banyak dialami oleh lelaki
berbanding wanita.
Hipertensi sering ditemui pada individu
yang lanjut usia. Seiring bertambahnya usia, hampir setiap orang mengalami
kenaikan tekanan darah. Tekanan sistolik terus meningkat sehingga usia 80 tahun
dan tekanan diastolic meningkat sampai usia 55 hingga 60 tahun kemudian berkurang secara perlahan ataupun
terus menurun dengan drastik.
Hipertensi maligna ialah hipertensi yang
parah. Sekiranya tidak dirawat, menimbulkan kematian dalam jangka waktu 3
hingga 6 bulan. Hipertensi ini jarang-jarang terjadi, hanya satu daripada
setiap 200 penderita hipertensi.
Tekanan darah dalam kehidupan bervariasi
secara alami. Bayi dan kanak-kanak secara normal memiliki tekanan darah yang
jauh lebih rendah daripada orang dewasa. Tekanan darah juga dipengaruhi oleh
aktiviti fizikal, iaitu lebih tinggi pada masa melakukan aktiviti fizikal dan
lebih rendah ketika beristirehat. Tekanan darah dalam satu hari juga berbeza,
iaitu tinggi pada waktu pagi dan rendah pada waktu malam.
Kategori
tekanan darah tinggi
|
Tekanan darah
sistolik ( angka bacaan di
atas ) mmHg
|
Tekanan darah
diastolic ( angka bacaan di bawah ) mmHg
|
Normal
|
<120
|
<80
|
Pra hypertensi
|
120 –
139
|
80 – 89
|
Hypertensi/
tekanan darah tinggi peringkat 1
|
140 –
159
|
90 – 99
|
Hypertensi
/ tekanan darah tinggi peringkat 2
|
>160
|
> 100
|
Antara gejala awal penyakit tekanan darah
tinggi adalah :-
- · Sakit kepala
- · Pendarahan dari hidung
- · Pening
- · Wajah kemerahan
- · Cepat merasa penat
Kesan jangka masa panjang dapat
menyebabkan komplikasi seperti angin ahmar (strok), serangan jantung dan
kegagalan jantung di mana pengepam jantung menjadi lemah dan dapat menyebabkan
kegagalan buah pinggang.
Terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan
risiko mendapat penyakit ini:-
- Usia - Kebanyakan arteri menjadi kaku apabila usia meningkat dan keadaan ini meningkatkan halangan aliran dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
- Keturunan – sekiranya ada diantara ibu bapa ataupun saudara-mara yang menghidap penyakit ini, kemungkinan mendapat penyakit yang sama adalah tinggi.
- Jantina – Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita. Merokok, pengambilan berlebihan alcohol dan garam, kegemukan, kurang senaman, stres yang berlebihan, diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit adrenal, kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegahan kehamilan juga dapat menjadi punca kepada penyakit tekanan darah tinggi.
Antara langkah yang dapat diambil bagi
mengelakkan risiko tekanan darah tinggi adalah :-
- § Berhenti merokok
- § Mengurangkan atau berhenti mengambil alcohol
- § Kurangkan pengambilan garam
- § Melakukan senaman – aerobik, menunggang basikal dan berjoging
- § Mengurangkan stres dan tekanan
- § Mengamalkan cara hidup dan pemikiran yang positif
- § Kekalkan berat badan yang normal lagi sihat
Mengawal tekanan darah dapat mencegah terjadinya
komplikasi dan seterusnya mencegah daripada berlakunya komplikasi yang lebih
memudaratkan.
No comments:
Post a Comment