cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

24 Aug 2014

Detoks tubuh dengan Infused Water

Sekarang ini ramai yang dah sedar tentang penjagaan kesihatan. Selain bersenam dan menjaga pemakanan, trend gaya hidup sihat kini yang cukup popular ialah infused water. Cukup terkenal dikalangan para selebriti. Infused water ialah air putih yang dicampurkan dengan buah-buahan dan dibuarkan selama beberapa jam sebelum dinikmati.


Infused water berguna untuk detoksifikasi. Seperti yang diketahui detoks dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh dan menghambat radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Selain itu, rasa yang menyegarkan membuatnya tidak membosankan untuk dinikmati pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Agar mendapatkan detoksifikasi yang berlipat ganda, jom kita tengok beberapa jenis buah yang dicadangkan yang boleh digunakan sebagai campuran infused water.

1. Lemon -  Air dengan campuran hirisan buah lemon merupakan minuman detoks terbaik. Lemon membantu membersihkan dan menambahkan alkali dalam tubuh membuatkan tubuh berasa lebih segar.

2. Pudina -  Menambahkan daun pudina ke dalam infused water akan membuat air menjadi lebih manis sedikit, sekalipun tidak menambahkan gula. Campuran air dengan pudina yang dingin membantu menenangkan perut dan melancarkan pencernaan.

3. Mentimun -  Mentimun tak cuma bermanfaat unruk kulit dan mata. Sebab,infused water mentimun juga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradangan untuk tubuh.

4. Halia -  Infused water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem di tubuh, melacarkan pencernaan dan juga menenangkan perut.

Jom kita nikmati minuman yang menyihatkan, menyenangkan perut malah dapat juga mencantikkan kulit.

23 Aug 2014

Tip Tinggi Secara Semula Jadi

Selain daripada senaman, ada beberapa perkara lain  yang perlu diberi perhatian yang boleh dilakukan untuk menambah ketinggian secara semula jadi.

1)) Pastikan m3ndapat kadar tidur yang mencukupi
   
Kajian menunjukkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika berehat. Tidur yang betul dan cukup benar-benar diperlukan badan kersna dipercayai hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semula jadi dalam badan semasa tidur.

2)) Cukup gizi

Pastikan anda mendapat cukup protein , lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral ( seperti zat besi, kalsium, zink dan natrium ) yang mencukupi kerana sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.

3)) lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan

Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak.  Senaman dan aktiviti sukan berupaya meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif badan memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan.

4)) Mengamalkan diet seimbang

Adalah amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhi makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda. Antara makann terbaik untuk menambah ketinggian ialah ikan, telur, tauhu, biji labu, sayur bayam, susu, lobak, pisang, ayam dan yogurt.

5)) amalkan gaya hidup sihat

Pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur.

22 Aug 2014

senaman bantu tambah ketinggian? boleh ke?

Assalamualaikum...

Waktu rehat tengahari yang pendek nak lelap pun x berapa nak lelap. Jadi dok selak majalah jer untuk isi masa baca tentang ketinggian.

Siapa yang tak nak jadi tinggi kan? Nampak cantik, nak pakai apa pun nampak comel jer. Tambah lagi kalau kurus. Hmmm

Berita baiknya adalah boleh jadi tinggi secara semula jadi dengan bantuan makanan dan senaman. Ramai yang tidak sedar senaman merupakan faktor terbesar sekiranya mahu meningkatkan ketinggian.

Regangan adalah bentuk latihan terbaik yang boleh dilakukan dan senaman ini sangat membantu dalam regangan tulang. Cara paling mudah adalah dengan menghulurkan kedua-dua tangan ke atas kepala sejauh mana yang boleh. Ia sangat membantu dalam menbangunkan otot-otot yang berehat.

Selain itu, latihan gantung dan bergayut juga boleh membantu regangan dalam otot. Lakukan tiga hingga lima minit mengikut kemampuan diri.

Berenang juga merupakan cara yang terbaik untuk menambah ketinggian. Semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan badan sampai hujung kaki. Gerakan renang hampir melibatkan semua otot tubuh.

Apa tunggu lagi. Jom kita buat senaman. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah dapat bonus ketinggian sekali.

21 Aug 2014

Minum susu ibu anak jadi cerdik? Betul ke?


Bagi saya susu ibu bukan sahaja buatkan anak jadi cerdik dan pintar malahan petah berkata kata, cergas, penuh dengan kasih sayang.

Perkembangan otak anak bermula sejak janin lagi iaitu semasa berada di dalam rahim ibu.

Perkembangan otak anak juga dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ibu itu sendiri. Makanan yang kaya dengan DHA amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan otak serta meningkatkan keupayaan pembelajaran.

Antara makanan yang kaya DHA dan EPA adalah seperti ikan, kekacang yang mengandungi omega-3.

Susu ibu juga mempunyai DHA semulajadi. Bayi memerlukan DHA, terutama pasa 6 bulan pertama menjadikan otak, mata dan sistem saraf berkembangseperti sepatutnya.

DHA memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem saraf pusat dan fungsi visual pada bayi.Sebab itu lah ibu-ibu digalakkan menyusui anak secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.

Bagi saya pula, dalam tempoh penyusuan anak pertama saya amalkan omega 3 setiap hari untuk bekalkan DHA dan EPA untuk pertumbuhan dan perkembangan otak anak.

Alhamdulillah,  sekarang dah berumur 3 tahun lebih sangat bijak dan petah berkata kata. Malahan ingatan dan memori nya juga kuat.

Mudah bagi saya untuk dapatkan omega 3 dengan hanya mengambil 1 kapsul Omega Guard Shaklee setiap hari.

19 Aug 2014

Pantau Suhu Badan - tindakan awal cegah demam panas

Assalamualaikum...

Sejak akhir akhir ini saya sering mendengar dan mendapat berita dari kengkawan pasal masalah anak demam panas.

Dengan keadaan cuaca dan suhu yang panas boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama anak kecil.

Ramai juga antara kawan kawan saya yang mengalami masalah anak demam panas sampai masuk wad. Risau suhu anak yang terlalu tinggi boleh menyebabkan anak kena sawan.

Sangat bahaya! Anak saya juga tak terkecuali..beberapa kali jugak anak anak saya kene demam panas. Mujur saya sentiasa bersedia dan memantau suhu badan anak jika terasa panas yang kuat.




Pernah sekali dua beradik demam serentak. Nasib baik saya ada beli termometer untuk sentiasa pantau suhu badan. Kalau demam panas suhu nya boleh cecah 39°c.

Susah hati kami suami isteri bila anak demam. Risau takut tarik jer. Waktu siang boleh tahan lagi tapi bila malam, bengkak mata tak cukup tidur demi menjaga anak. Bergilir gilir la menjaga anak diwaktu malam.

Tapi alhamdulillah syukur kehadrat Illahi anak anak sembuh dan suhu turun ke paras normal.

Antara tip yang saya dan suami lakukan untuk kawal dan cuba turunkan suhu badan ketika demam:

1. sentiasa pantau kedudukan suhu badan anak. 37 - 39 ° c memang suhu yang tinggi.

2. basahkan tuala kecil yang boleh membalut tubuh anak dan letakkan dikepala.

3. periksa suhu badan setiap 1 jam dan badan sentiasa dibasahkan dengan tuala.

4. adik pulak kurang dari 6 bulan dan saya sentiasa menyusukannya dengan susu ibu.

Ini adalah tindakan awal yang saya ambil untk turunkan suhu badan anak. Namun demikian, selepas buat semua ini suhu kakak kejap naik kejap turun terpaksa juga bawak ke wad kecemasan hospital besar.

5 Aug 2014

Punca terjadinya Sembelit

Masalah sembelit mungkin biasa terjadi kepada kebanyakan di kalangan kita. Sembelit adalah disebabkan oleh pergerakan atau laluan sukar najis di dalam usus. Apa yang dianggap normal dalam kekerapan pergerakan usus ini adalah berbaza-beza.

Secara umumnya, anda mungkin mengalami sembelit jika dalam seminggu anda kurang dari tiga kali membuang air besar dan jika membuang pun najis anda keras dan kering.

Biasanya bahan buangan pencernaan (najis) yang bergerak melalui usus anda dengan pengecutan otot. Di dalam usus besar (kolon), kebanyakan air dan garam yang terdapat dalam najis ini diserap semula kerana ia penting untuk pelbagai fungsi badan anda.

Walau bagaimanapun, jika tidak ada cecair yang mencukupi atau makanan yang kaya serat dalam diet anda, atau pengecutan otot besar menjadi perlahan, najis akan mengeras, kering dan melalui usus besar anda dengan terlalu perlahan. Inilah yang menimbulkan masalah sembelit.

Faktor-faktor penyebab kelembapan usus:

☆ Kurang pengambilan cecair dan serat dalam diet
☆ Mengabaikan atau melambatkan keinginan untuk buang air besar
☆ Kekurangan aktiviti fizikal
☆ Sindrom gangguan usus
☆ Perubahan dalam gaya hidup atau rutin termasuk mengandung, penuaan dan melancong ( biasa waktu makan dan pemakanan tidak menentu)
☆ Sesetengah penyakit boleh mengakibatkan sembelit
☆ Penggunaan yang kerap atau penyalahgunaan julap
penyakit tertentu seperti strok, kencing manis, penyakit tiroid dan penyakit parkinson
☆ Masalah dengan usus besar(kolon) dan rektum seperti halangan usus atau diverticulosis
☆ Ubat-ubatan tertentu
☆ Gangguan hormon seperti kelenjar tiroid yang tidak begitu aktif
☆ Rekahan dubur dan buasir, menghasilkan kekejangan otot stinkter dubur
☆ Kehilangan garam dalam badan melalui muntah dan cirit-birit
☆ Kecederaan pada saraf tunjang yang boleh memberi kesan kepada saraf dan usus

Anda perlu memberi perhatian untuk berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom seperti :

~ Apabila tidak mendapat menjelaskan sama ada sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar
~ Tanda-tanda yang teruk dan berlarutan lebih daripada tiga minggu
~ Pergerakan usus berlaku lebih daripada tiga hari
sakit perut yang teruk
~ Terdapat darah dalam najis
~ Sembelit yang silih berganti dengan cirit-birit
~ Sakit pada dubur
~ Najis seperti pensel atau nipis
~ Kehilangan berat badan yang yang tidak dapat dijelaskan puncanya, demam dan lesu.

Walaubagaimanapun, kebanyakan kes sembelit adalah sementara. Perubahan gaya hidup seperti melakukan banyak senaman, minum banyak cecair dan makan makanan tinggi serat adalah satu cara mengurangkan atau mengelakkan sembelit.

Pun begitu, harus diberi perhatian serta jangan pandang ringan masalah sembelit kerana ia juga mungkin mempunyai ciri-ciri masalah kesihatan yang lebih serius seperti kanser kolorektal, gangguan hormonn atau penyakit autoimun.


4 Aug 2014

5 Manfaat Minum Banyak Air

Air putih cukup adalah minuman yang terbaik untuk tubuh. Cuaca panas kering membuatkan tubuh rasa kurang bertenaga. Pengambilan air putih secukupnya adalah perlu bagi mengembalikan kesegaran yang hilang. Secara tidak lansung, kualiti kesihatan menjadi bertambah baik.

Kurangkan Tekanan
Adakah anda tahu bahawa 60 peratus dari tubuh manusia dipenuhi dengan air. Sekiranya ia berkurangan sebanyak dua peratus sahaja maka besar kemungkinan tenaga di bahagian otak sedikit terganggu. Rentetan dari itu maka hormon kortisol (tekanan) akan meningkat. Oleh yang demikian, banyakkan mengambil air putih bagi mengelakkan tubuh merasa tertekan lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini.

Seimbangkan Sistem Tubuh
Pengambilan air yang seimbang dipercayai mampu mengatur semula metabolisma dalam badan sekali gus melancarkan sistem percernaan. Pada masa yang sama, ia juga bertindak menghilangkan racun di dalam tubuh. Walaupun ia dilihat solid tetapi air sebenarnya mampu meninggalkan kesan kenyang tanpa kita sedari. Digalakkan meminum air putih bagi menyeimbangkan kembali sistem tubuh.

Kurangkan Risiko Penyakit
Pasti ramai yang melihat air putih hanya sekadar air. Jika mereka tahu bahawa air putih boleh mengelakkan risiko dari terkena penyakit, sudah pasti ia menjadi berita yang mengembirakan. Sebenarnya air mampu melindungi selaput lendir supaya berfungsi secara normal. Selaput lendir ini berfungsi untuk mencegah selsema yang biasa menyerang lebih-lebih lagi bagi mereka yang alah pada habuk.

Mengatur Suhu Tubuh
Adakah anda tahu bahawa suhu tubuh diatur oleh hipotalamus di mana ia merupakan satu bahagian khusus di otak. Bagaimanapun kerja hipotalamus boleh terganggu sekiranya anda mengalami dehidrasi. Justeru banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Sebenarnya air putih berupaya mengatur suhu di tubuh anda.

Menstabilkan Tekanan Darah
Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil air yang cukup berkelebihan untuk tidak merasa lemas atau pengsan ketika menderma darah. Air putih sangat digalakkan pengambilannya bagi mengaktifkan semula sistem saraf sekali gus menjadikan anda lebih berhati-hati dalam menjaga kestabilan tekanan darah.