Selain daripada senaman, ada beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian yang boleh dilakukan untuk menambah ketinggian secara semula jadi.
1)) Pastikan m3ndapat kadar tidur yang mencukupi
Kajian menunjukkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika berehat. Tidur yang betul dan cukup benar-benar diperlukan badan kersna dipercayai hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semula jadi dalam badan semasa tidur.
2)) Cukup gizi
Pastikan anda mendapat cukup protein , lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral ( seperti zat besi, kalsium, zink dan natrium ) yang mencukupi kerana sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.
3)) lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan
Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak. Senaman dan aktiviti sukan berupaya meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif badan memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan.
4)) Mengamalkan diet seimbang
Adalah amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhi makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda. Antara makann terbaik untuk menambah ketinggian ialah ikan, telur, tauhu, biji labu, sayur bayam, susu, lobak, pisang, ayam dan yogurt.
5)) amalkan gaya hidup sihat
Pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur.
No comments:
Post a Comment