cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

4 Aug 2014

5 Manfaat Minum Banyak Air

Air putih cukup adalah minuman yang terbaik untuk tubuh. Cuaca panas kering membuatkan tubuh rasa kurang bertenaga. Pengambilan air putih secukupnya adalah perlu bagi mengembalikan kesegaran yang hilang. Secara tidak lansung, kualiti kesihatan menjadi bertambah baik.

Kurangkan Tekanan
Adakah anda tahu bahawa 60 peratus dari tubuh manusia dipenuhi dengan air. Sekiranya ia berkurangan sebanyak dua peratus sahaja maka besar kemungkinan tenaga di bahagian otak sedikit terganggu. Rentetan dari itu maka hormon kortisol (tekanan) akan meningkat. Oleh yang demikian, banyakkan mengambil air putih bagi mengelakkan tubuh merasa tertekan lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini.

Seimbangkan Sistem Tubuh
Pengambilan air yang seimbang dipercayai mampu mengatur semula metabolisma dalam badan sekali gus melancarkan sistem percernaan. Pada masa yang sama, ia juga bertindak menghilangkan racun di dalam tubuh. Walaupun ia dilihat solid tetapi air sebenarnya mampu meninggalkan kesan kenyang tanpa kita sedari. Digalakkan meminum air putih bagi menyeimbangkan kembali sistem tubuh.

Kurangkan Risiko Penyakit
Pasti ramai yang melihat air putih hanya sekadar air. Jika mereka tahu bahawa air putih boleh mengelakkan risiko dari terkena penyakit, sudah pasti ia menjadi berita yang mengembirakan. Sebenarnya air mampu melindungi selaput lendir supaya berfungsi secara normal. Selaput lendir ini berfungsi untuk mencegah selsema yang biasa menyerang lebih-lebih lagi bagi mereka yang alah pada habuk.

Mengatur Suhu Tubuh
Adakah anda tahu bahawa suhu tubuh diatur oleh hipotalamus di mana ia merupakan satu bahagian khusus di otak. Bagaimanapun kerja hipotalamus boleh terganggu sekiranya anda mengalami dehidrasi. Justeru banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Sebenarnya air putih berupaya mengatur suhu di tubuh anda.

Menstabilkan Tekanan Darah
Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil air yang cukup berkelebihan untuk tidak merasa lemas atau pengsan ketika menderma darah. Air putih sangat digalakkan pengambilannya bagi mengaktifkan semula sistem saraf sekali gus menjadikan anda lebih berhati-hati dalam menjaga kestabilan tekanan darah.

No comments: