cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

29 Jun 2015

KESAN ASAP ROKOK PADA KESUBURAN ISTERI

Umum mengetahui bahayanya kesan asap rokok terhadap kesihatan manusia. Asap rokok yang terbebas diudara boleh menyebabkan radikal bebas. Tahukah anda bahawa asap rokok juga boleh menyebabkan kualiti dan kuantiti air mani berkurangan.

Antara kesan asap rokok ke atas sperma termasuklah:

  • Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang sebanyak 20 peratus.
  • Mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang ke arah ovum wanita sebanyak 10 peratus.
  • Kelajuan dan keaktifan sperma berkurqngnlalu menjadikan sperma menjadi lembab.
  • Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal
  • Kecacatan sperma bertambah. Hal ini termasuk insiden coiled sperm (ekor sperma tersimpul diantara satu sama lain) di samping bermacam kecacatan lain.
  • Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang prowes persenyawaan.
  • Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
  • Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain. 
Selain daripada itu, perlu dimaklumi bahawa asap rokok yang disedut oleh isteri adalah sama bahayanya dengan dengan bahaya terhadap si perokok.

Ada juga laporan yang mendapati bahawa ia LEBIH merbahaya jika disedut oleh isteri dan orang sekeliling yang tidak merokok. Fakta menarik yang perlu diketahui ialah terhadap kesuburan isteri juga berkurangan akibat secondhand smoking ini.

Oleh itu, jika anda sedang merancang kehamilan, elakkan dari berada di tempat-tempat yang mengundang bahayanya asap rokok ini. Sekiranya mempunyai suami yang juga seorang perokok minta elakkan dari merokok dalam rumah.


5 Jun 2015

5 ORGAN TUBUH ROSAK AKIBAT OBESITI

Obesiti tidak hanya penambahan lapisan lemak pada peha, lengan, atau perut. Ada kesan lebih besar daripada pola makanan yang tidak baik dan kurang bergerak ini. Secara kasar mungkin kita tidak dapat melihat kesan obesiti pada organ, namun kenyataannya obesiti memang mempengaruhi kesihatan.

Proses biokimia dalam tubuh sangatlah kompleks, menghubungkan banyak organ di seluruh tubuh. Bukan hanya itu, biokimia tubuh juga berperanan menghubungkan organ dengan kesihatan fizikal dan mental.

5 Organ Yang Paling Terkesan Akibat Obesiti

Jantung

Sel lemak dalam tubuh memerlukan oksigen untuk terus hidup. Maknanya, jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke lebih banyak pembuluh darah. Ditambah lagi, semakin banyak lemak yang terkumpul pada dinding arteri, maka semakin sempit ruang darah bergerak di dalamnya dan memaksa jantung bekerja lebih keras.

Usus Besar

Penyelidik belum pernah menemukan hubungan antara obesiti dengan kanser secara jelas, kecuali untuk risiko kanser usus besar atau kolon. Pada lelaki atau wanita yang tergolong sebagai obesiti, risiko kanser kolon meningkat. Ini terjadi kerana pola makan tinggi daging merah dan daging terproses, kedua-dua makanan itu merupakan faktor utama terjadinya polip kolon, tanda awal yang mencetuskan serangan kanser kolon.

Otak

Satu kajian menemukan, fungsi kognitif menunjukkan hubungan dengan obesiti. Obesiti berisiko penurunan fungsi kognitif lebih awal. Salah satu hipotesis yang menjelaskan keadaan ini adalah obesiti mempengaruhi kerosakan kawasan jirim putih pada otak yang memberikan signal pada tubuh. Profesor John Gunstad dari Universiti Kent State mengatakan, rosaknya hubungan ini tidak sekadar putusnya 'kabel' saraf, tetapi obesiti membuat kemampuan penghantaran signal ini lemah secara keseluruhan.

Kulit

Gangguan obesiti terhadap kulit, misalnya munculnya stretch msrk, seringkali dianggap remeh. Padahal gangguan kulit yang terjadi mungkin akan lebih banyak dan berbahaya. Antaranya adalah perubahan hormon yang berkait dengan obesiti dapat menyebabkan acanthosis nigricans, penebalan dan warna kulit terutama sekitar leher menjadi gelap atau pembengkakan dan tertariknya kulit menyebabkan ruam atau iritasi yang disebut dengan stasis dermatitis.

Menjaga kesihatan kulit bukan hanya untuk urusan kecantikan, kerana permukaan kulit merupakan pelindung utama dari tubuh. Kulit yang meregang akibat obesiti memberi kesan serius kepada kesihatan.

Paru-paru

Organ ini ternyata juga menerima risiko yang tinggi akibat lemak berlebihan di dalam tubuh. Banyaknya jumlah sel lemak di dalam tubuh mengurangkan kapasiti organ secars keseluruhan untuk memperoleh udara.

Individu obes juga cenderung untuk mengalami sleep apnea atau nafas terhenti sewaktu tidur. Kadar oksigen yang masuk ke dalam tubuh akan semakin berkurangan, hingga mengakibatkan pengentalan darah yang boleh menyababkan maut.

IMPLIKASI OBESITI

OBESITI menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbiditi. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit yang disebabkan oleh obesiti adalah seperti:

  • Diabetis Melitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolestrol tinggi)
  • Sindrom metabolik
  • Sleep apnea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Osteoertritis
  • Gout
Pengambilan makanan yang seimbang, berkhasiat, bernutrisi, melakukan senaman dan penjagaan kesihatan yang baik dapat mengurangkan risiko penyakit seperti diatas. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

3 Jun 2015

KENCING KOTOR MENYAKITKAN KETIKA KAMIL

Apa itu UTI?

UTI atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing ureter dan urethra. Ureter adalah salur yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing manakala urethra pula ialah salur yang menyambung pundi kencing keluar tubuh.

Wanita hamil amat mudah dijangkiti penyakit kencing kotor atas beberapa faktor berbanding golongan lain.

Mengapa Wanita Hamil Berisiko Mengalami UTI?

Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan beberapa perkara menjurus kepada masalah kencing kotor. Antaranya ialah:


  • Kekuatan otot saluran kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahim semakin membesar dan menekan saluran kencing ureter daripada luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat.
  • Air kencing wanita hamilnlebih berasid dan lebih mengandungi gula.
Bagaimana UTI Boleh Menjejaskan Bayi Anda?

Kalau si ibu berisiko mendapat jangkitan kuman pada buah punggang disebabkan UTI, bagi bayi yang dikandung pula akan mengalami: 
  • Kemungkinan kelahiran awak
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat
Simptom UTI

Buat wanita hamil sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti dibawah, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
  • Kerap terasa membuang air kecil namun gagal mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Airnkencing berdarah dan berbau busuk.
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks dengan suami.
  • Demam.
Bebas Daripada Gejala UTI

Setelah mengetahui faktor yang menyebabkan UTI, beberapa tindakan perlu diamalkan bagi mencegah komplikasi UTI ini ketika anda mengandung.
  • Minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  • Terus buang air kecil jika terasa ingin berbuat demikian. Mengangguhkan pembuangan air kecil menggalakkan pembiakan kuman.
  • Digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bersama suami.
  • Tukar pelapik seluar dalam sekerap mungkin.
  • Kurangkan pengambilan makanan manis.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri terutama bahagian sulit.

1 Jun 2015

ANEMIA BOLEH ANCAM NYAWA IBU KETIKA HAMIL

Anemia adalah antara penyakit yang sering dihidapi wanita hamil. Penyakit ini serius kerana melibatkan sel darah merah yang menjadi 'agen' pengangkut utama oksigen kepada seluruh badan terutama sekali kepada fetus yang sedang dikandung. Keadaan ini disebut anemia.

Badan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan fetus. Ramai ibu yang mengambil mudah hal ini sedangkan ia boleh memudaratkan nyawa ibu dan anak. Ramai ibu-ibu yang enggan mengambil pil yang dibekalkan dengan alasan bayi akan besar.

Siapa Yang Berisiko Mengalami Anemia?

  • Wanita yang hamil kembar
  • Wanita yang hamil terlalu rapat
  • Kerap muntah kerana alahan mengandung
  • Ibu muda yang berusia belasan tahun
  • Tidak mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
  • Mengalami haid yang banyak sebelum hamil
Bagaimana Anemia Boleh Menjejaskan Ibu Dan Bayi?
  • Penyakit ini juga menjadi punca utama pendarahan ketika proses melahirkan bayi dan membahayakan nyawa ibu
  • Ia juga mengakibatkan masalah kelahiran pra matang atau berat bayi yang terlalu rendah ketika kelahiran
  • Postpartum depression atau meroyan selepas  bersalin
Langkah-langkah Elakkan Dari Gejala Anemia

Antara langkah yang boleh diambil untuk memgelakkan daripada mengalami anemia, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan tersebut ialah:
  • Sayuran berdaun hijau
  • Mengambil daging merah, ayam dan ikan
  • Susu dan hasil tenusu
  • Bijirin yang diperkaya dengan zat besi
  • Kekacang dan tauhu
  • Telur
Manakala sebagai rawatan, pakar sakit puan akan mencadangkan untuk , megambil pil zat besi selain vitamin khas untuk kehamilan.

INFO
Bagi meningkatkan penyerapan zat besi oleh badan, ibu-ibu perlu mengambil makanan sumber vitamin C mencukupi. Contoh, anda boleh meminum segelas jus oren bersama bijirin yang diperkaya dengan zat besi ketika sarapan.

ANEMIA BOLEH ANCAM NYAWA IBU KETIKA HAMIL

Anemia adalah antara penyakit yang sering dihidapi wanita hamil. Penyakit ini serius kerana melibatkan sel darah merah yang menjadi 'agen' pengangkut utama oksigen kepada seluruh badan terutama sekali kepada fetus yang sedang dikandung. Keadaan ini disebut anemia.

Badan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan fetus. Ramai ibu yang mengambil mudah hal ini sedangkan ia boleh memudaratkan nyawa ibu dan anak. Ramai ibu-ibu yang enggan mengambil pil yang dibekalkan dengan alasan bayi akan besar.

Siapa Yang Berisiko Mengalami Anemia?

  • Wanita yang hamil kembar
  • Wanita yang hamil terlalu rapat
  • Kerap muntah kerana alahan mengandung
  • Ibu muda yang berusia belasan tahun
  • Tidak mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
  • Mengalami haid yang banyak sebelum hamil
Bagaimana Anemia Boleh Menjejaskan Ibu Dan Bayi?
  • Penyakit ini juga menjadi punca utama pendarahan ketika proses melahirkan bayi dan membahayakan nyawa ibu
  • Ia juga mengakibatkan masalah kelahiran pra matang atau berat bayi yang terlalu rendah ketika kelahiran
  • Postpartum depression atau meroyan selepas  bersalin
Langkah-langkah Elakkan Dari Gejala Anemia

Antara langkah yang boleh diambil untuk memgelakkan daripada mengalami anemia, ibu hamil perlulah mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan tersebut ialah:
  • Sayuran berdaun hijau
  • Mengambil daging merah, ayam dan ikan
  • Susu dan hasil tenusu
  • Bijirin yang diperkaya dengan zat besi
  • Kekacang dan tauhu
  • Telur
Manakala sebagai rawatan, pakar sakit puan akan mencadangkan untuk , megambil pil zat besi selain vitamin khas untuk kehamilan.

INFO
Bagi meningkatkan penyerapan zat besi oleh badan, ibu-ibu perlu mengambil makanan sumber vitamin C mencukupi. Contoh, anda boleh meminum segelas jus oren bersama bijirin yang diperkaya dengan zat besi ketika sarapan.