cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

5 Jun 2015

5 ORGAN TUBUH ROSAK AKIBAT OBESITI

Obesiti tidak hanya penambahan lapisan lemak pada peha, lengan, atau perut. Ada kesan lebih besar daripada pola makanan yang tidak baik dan kurang bergerak ini. Secara kasar mungkin kita tidak dapat melihat kesan obesiti pada organ, namun kenyataannya obesiti memang mempengaruhi kesihatan.

Proses biokimia dalam tubuh sangatlah kompleks, menghubungkan banyak organ di seluruh tubuh. Bukan hanya itu, biokimia tubuh juga berperanan menghubungkan organ dengan kesihatan fizikal dan mental.

5 Organ Yang Paling Terkesan Akibat Obesiti

Jantung

Sel lemak dalam tubuh memerlukan oksigen untuk terus hidup. Maknanya, jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke lebih banyak pembuluh darah. Ditambah lagi, semakin banyak lemak yang terkumpul pada dinding arteri, maka semakin sempit ruang darah bergerak di dalamnya dan memaksa jantung bekerja lebih keras.

Usus Besar

Penyelidik belum pernah menemukan hubungan antara obesiti dengan kanser secara jelas, kecuali untuk risiko kanser usus besar atau kolon. Pada lelaki atau wanita yang tergolong sebagai obesiti, risiko kanser kolon meningkat. Ini terjadi kerana pola makan tinggi daging merah dan daging terproses, kedua-dua makanan itu merupakan faktor utama terjadinya polip kolon, tanda awal yang mencetuskan serangan kanser kolon.

Otak

Satu kajian menemukan, fungsi kognitif menunjukkan hubungan dengan obesiti. Obesiti berisiko penurunan fungsi kognitif lebih awal. Salah satu hipotesis yang menjelaskan keadaan ini adalah obesiti mempengaruhi kerosakan kawasan jirim putih pada otak yang memberikan signal pada tubuh. Profesor John Gunstad dari Universiti Kent State mengatakan, rosaknya hubungan ini tidak sekadar putusnya 'kabel' saraf, tetapi obesiti membuat kemampuan penghantaran signal ini lemah secara keseluruhan.

Kulit

Gangguan obesiti terhadap kulit, misalnya munculnya stretch msrk, seringkali dianggap remeh. Padahal gangguan kulit yang terjadi mungkin akan lebih banyak dan berbahaya. Antaranya adalah perubahan hormon yang berkait dengan obesiti dapat menyebabkan acanthosis nigricans, penebalan dan warna kulit terutama sekitar leher menjadi gelap atau pembengkakan dan tertariknya kulit menyebabkan ruam atau iritasi yang disebut dengan stasis dermatitis.

Menjaga kesihatan kulit bukan hanya untuk urusan kecantikan, kerana permukaan kulit merupakan pelindung utama dari tubuh. Kulit yang meregang akibat obesiti memberi kesan serius kepada kesihatan.

Paru-paru

Organ ini ternyata juga menerima risiko yang tinggi akibat lemak berlebihan di dalam tubuh. Banyaknya jumlah sel lemak di dalam tubuh mengurangkan kapasiti organ secars keseluruhan untuk memperoleh udara.

Individu obes juga cenderung untuk mengalami sleep apnea atau nafas terhenti sewaktu tidur. Kadar oksigen yang masuk ke dalam tubuh akan semakin berkurangan, hingga mengakibatkan pengentalan darah yang boleh menyababkan maut.

IMPLIKASI OBESITI

OBESITI menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbiditi. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit yang disebabkan oleh obesiti adalah seperti:

  • Diabetis Melitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolestrol tinggi)
  • Sindrom metabolik
  • Sleep apnea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Osteoertritis
  • Gout
Pengambilan makanan yang seimbang, berkhasiat, bernutrisi, melakukan senaman dan penjagaan kesihatan yang baik dapat mengurangkan risiko penyakit seperti diatas. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

No comments: