cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

3 Jun 2015

KENCING KOTOR MENYAKITKAN KETIKA KAMIL

Apa itu UTI?

UTI atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing kotor adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing ureter dan urethra. Ureter adalah salur yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing manakala urethra pula ialah salur yang menyambung pundi kencing keluar tubuh.

Wanita hamil amat mudah dijangkiti penyakit kencing kotor atas beberapa faktor berbanding golongan lain.

Mengapa Wanita Hamil Berisiko Mengalami UTI?

Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan beberapa perkara menjurus kepada masalah kencing kotor. Antaranya ialah:


  • Kekuatan otot saluran kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahim semakin membesar dan menekan saluran kencing ureter daripada luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat.
  • Air kencing wanita hamilnlebih berasid dan lebih mengandungi gula.
Bagaimana UTI Boleh Menjejaskan Bayi Anda?

Kalau si ibu berisiko mendapat jangkitan kuman pada buah punggang disebabkan UTI, bagi bayi yang dikandung pula akan mengalami: 
  • Kemungkinan kelahiran awak
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat
Simptom UTI

Buat wanita hamil sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti dibawah, pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
  • Kerap terasa membuang air kecil namun gagal mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Airnkencing berdarah dan berbau busuk.
  • Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks dengan suami.
  • Demam.
Bebas Daripada Gejala UTI

Setelah mengetahui faktor yang menyebabkan UTI, beberapa tindakan perlu diamalkan bagi mencegah komplikasi UTI ini ketika anda mengandung.
  • Minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  • Terus buang air kecil jika terasa ingin berbuat demikian. Mengangguhkan pembuangan air kecil menggalakkan pembiakan kuman.
  • Digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bersama suami.
  • Tukar pelapik seluar dalam sekerap mungkin.
  • Kurangkan pengambilan makanan manis.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri terutama bahagian sulit.

No comments: