Pengoksida lembab tidak dapat menggunakan karbohidrat dengan
mudah. Ini disebabkan metabolisme karbohidratnya tergendala. Pengambilan makanan yang berbentuk karbohidrat seperti tepung putih, gula putih, nasi putih dan makanan
berkanji yang lain menyebabkan kadar gula dalam darah naik dengan cepat.
Justeru akan menyebabkan hormone insulin tercetus untuk
menurunkan kadar gula dalam darah dan seterusnya gula ini bertukar menjadi
lemak dengan tindakan satu lagi hormone glucagon. Tindakan insuli akan
menyebabkan gula dalam darah menurun terlalu cepat dan individu ini akan terasa
lapar semula dalam masa yang singkat.
Gula ini tidak bertukar menjadi tenaga, sebaliknya bertukar
menjadi lemak dan individu ini akan terasa lemah dan tidak bermaya serta
menggigil lapar dan ketagih kopi/teh atau gula serta coklat dan makanan manis
yang lain. Cara mengatasi jadualsebegini adalah dengan mengatur makanan dan
jadual supaya kadar gula dalam darah tidak naik dengan mendadak, memakan
makanan dari sumber protein 10 % lebih dari biasa, pastikan pengambilan protein
tiga kali sehari, iaitu pagi, tengah hari dan petang.
Kurang pengambilan lemak dan minyak dan makan makanan
karbohidrat yang komplek yang mengandungi kadar serat yang tinggi seperti buah
terserat, dan sayur.
Tidak perlu berlapar malahan anda digalakkan mengelak
daripada lapar sebab lapar akan menyebabkan cara pemakanan ini gagal dan
pusingan buntu mengambil alih semula.
Disamping mengurangkan berat badan atau menghentikan berat badan dari terus naik anda
akan memperoleh laba yang lain dari mengamalkan cara pemakanan sebegini, iaitu
peningkatan tenaga anda serta ketenangan emosi akan terhasil.
PRINSIP ASAS PEMAKANAN PENGOKSIDA LEMBAB:
1.
Elak memakam karbohidrat yang diproses. Contoh gula,
roti putih, tepung putih(roti canai), kuih muih dan coklat.
2.
Makan lebih kerap dengan menyelitkan makanan bersert
tinggi siantara hidangan utama. Contoh lobak merah mentah, ubi sengkuang,
timun, batang seleri, pear, buah lai, epal.
3.
Naikkan kadar protein yang dimakan, gunakan cara
masakan yang tidak menggunakan banyak minyak dan gunakan minyak yang mengandungi
EFA. (asid lemak yang diperlukan oleh badan) dan anti pengoksida yang tinggi. Contoh
lemak sebegini yang paling baik adalah Carotino
yang mengandungi beta carotene, tocotrienol, dan vitamin E. Minyak yang
baik adalah minyak zaitun dan minyak kelapa sawit. Cara memasak ‘stir
fry’ menggunakan minyak sedikit dan menambah air bila kering adalah sesuai. Selain
itu kukus dan rebus serta bakar adalah juga baik.
4.
Elak kopi,teh, serta gula dan minuman’pop’. Apakah
petanda bahawa anda mengalami masalah menghadam
karbohidrat dan sensitive terhadap karbohidrat jenis gula/refind(simple
carbohudrate)? Ketagihan pada kopi,teh, coklat panas dan bahan makanan yang
manis. Cepat menggigil bila lapar dan cepat lapar setengah hingga satu jam selepas
makan terutama bila makan benda manis atau yang banyak kanji. Kurang bertenaga
dan cepat terasa marah atau mengalami emosi yang lain seperti murung, kurang
keyakinan diri. Kurang daya tahan dan cepat letih. Berat badan senang naik
tetapi susah turun.
No comments:
Post a Comment