(1) Suplemen / vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya suplemen vitamin terus dalam bentuk yang ringkas.
Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.
(2) Suplemen vitamin memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.
Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula.
Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas (sebenarnya cuma persepsi saja).
Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya.
Bila
waktu terbaik utk minum air?..
Minum
juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan.
Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh
daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :
· Pagi
selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan
di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan
membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas.
Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya
air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak
perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda
daripada mencari minuman berkafein
· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar
bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti
yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh
membantu mengurangkan rasa lapar.
Malah, minum 350ml air sebelum tiba
waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan,
ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah
anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum
adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk
atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali
minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar
juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam
badan
*p/s: setiap 25kg berat badan anda,
anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter... so kira berat anda
& ketahui berapa banyak air yang anda perlukan dalam sehari...
No comments:
Post a Comment