Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang
penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah,
yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual
syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara
pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang
diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu
dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan
mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Satu kajian yang dijalankan
oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan
vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di
kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat
memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin
E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Secara kesimpulan :
1. Vitamin E membuatkan si pengamal
nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.
Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur
kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu
wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan
abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila
mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun
ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak
susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini
mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti
bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan
alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E
membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama
bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.
3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek
kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah
biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari
hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin E membantu mengatasi masalah kedinginan.
4. Vitamin E membantu pengaliran darah
dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf
belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang
badan.
5. Vitamin E membantu mempercepat proses
baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu
mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat
sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten
sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
6. Bagi wanita yang pernah melahirkan
anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian
puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya
semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after
kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan
gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual
yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan
akibat pre-menstrual.
Begitu banyak manfaat pengambilan Vitamin E terhadap wanita. Jom kita amalkan sekarang. Dengan mengamalkan vitamin E secara konsisten kulit akan tampak lebih anjal, muda dan berseri-seri.
Begitu banyak manfaat pengambilan Vitamin E terhadap wanita. Jom kita amalkan sekarang. Dengan mengamalkan vitamin E secara konsisten kulit akan tampak lebih anjal, muda dan berseri-seri.
No comments:
Post a Comment