‘ Life begin at 40 ‘ . frasa tersebut mungkin seringkali
kita dengar. Ia merupakan sebuah frasa optimis dalam menjalani kehidupan bagi
mereka yang semakin berumur. Peringkat umur 40-an biasanya menjadi titik
penuaan seseorang. Dari sudut kecantikan dan kesihatan, peringkat umur ini
dianggap sebagai bencana kerana ia boleh member ancaman terhadap kesihatan dan
penampilan seseorang. Pada usia 40 tahun kita masih mampu memelihara kesihatan dan sentiasa tampil
dengan sangat baik. ’40 is the new 25’ boleh menjadi kenyataan sekiranya kita
menjalani pola hidup yang sihat dan kekal awet muda seperti usia 25 tahun.
Hidup dengan penuh keceriaan dan bebas daripada stress sangat
penting jika ingin sentiasa tampil segar dan muda. Secara psikologinya,
perasaan bahagia dan rileks akan menjadi satu cara mencegah penuaan lebih awal.
Proses itu lebih baik dari sebarang rawatan.
Penuaan adalah satu proses. Ia melibatkan mental, fizikal
dan emosi. Contohnya adalah apabila seseorang itu menjadi tua , dia mengalami
masalah menjadi pelupa, badan menjadi lemah dan sering mengalami kemurungan.
Apabila penuaan berlaku, jisim otot semakin kurang dan lemak
bertambah menyebabkan badan menjadi kurang sasa dan kelihatan gemuk. Sensitivity
kepada insulin juga berkurangan maka gula dalam darah juga meningkat.
Symptom penuaan
·
Masalah seksual dan alat reproduktif.
·
Nafsu seks berkurangan
·
Menjadi semakin pelupa
·
Tulang menjadi lebih nipis dan rapuh, otot
menjadi lebih kecil dan lemah serta kulit menjadi lebih kering
·
Mood lebih tidak stabil, cepat murung atau
marah, pemikiran menjadi cepat lupa dan cepat resah.
Symptom penuaan yang tidak ditangani akan menjejaskan
kualiti hidup seseorang. Mereka mungkin akan mengalami trauma psikologi.
Rawatan terbaik penuaan ialah peningkatan hormone semulajadi dalam darah dan
mengamalkan corak pemakanan yang membantu membina hormone dan neurotransmitter
yang merosot. Mengenali corak pemakanan sesuai serta mengubah corak hidup akan
membantu pemulihan dengan segera dan berkesan.
Antara makanan yang penting ialah anti oksidan, vitamin dan
protein serta makanan yang bersifat nutrogenomic. Nutrogenomic bermaksud makanan
yang mampu membaiki fungsi DNA dan membaik pulih kerosakan DNA pada seseorang.
No comments:
Post a Comment