Kulit cantik dan sihat merupakan impian setiap wanita. Kini,
terdapat banyak pusat rawatan dan pakar kecantikan kulit namun terdapat cara
yang lebih praktikal dan boleh dilakukan dirumah.
Cuba anda ingat semula apakah makanan yang anda telah ambil?
Adakah makanan tersebut baik untuk kulit anda? Ataupun anda merupakan penggemar
makanan segera? Jika anda tergolomg dalam golongan tersebut , cubalah ubah
kebiasaan tersebut kerana ia sangat tidak menyihatkan.
Hati- hati sekiranya anda melakukan diet rendah karbohidrat
kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Terlalu ramai orang yang menghindari
pengambilan nasi demi menurunkan berat badan. Tetapi ini akan menjadikan tubuh
badan anda kurang berkemampuan untuk melawan radikal bebas yang menjadi
penyebab terjadinya proses penuaan.
Terdapat beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk
memiliki kulit yang cantik dengan cara diet yang lebih sihat
1.
Pengambilan asid lemak
Minyak ikan sangat baik untuk kesihatan
kulit kerana ia memiliki sifat asid lemak yang tinggi. Minyak ikan sangat mudah
diperolehi dan cara pengambilannya juga sangat mudah.
2.
Pengambilan vitamin
Vitamin e sangat baik untuk tubuh badan
anda terutamanya utuk kulit. Vitamin e boleh didapati daripada kawang badam dan
kacang soya. Pengambilan vitamin e ni sangat baik jika diamalkan kerana ia
dapat menghalang tindakalas radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh badan.
3.
Minum air putih yang cukup
Biasakan diri anda untuk minum air putih
yang cukup minimum 8 gelas sehari. Hal ini kerana, ia dapat membekalkan tenaga
dan menjadika buah pinggang anda sentiasa bersih dan sihat. Air putih juga
dapat meneutralkan racun yang terdapat pada tubuh badan serta dapat
menghaluskan kulit.
Perhatikan air kencing anda, sekiranya air
kencing tersebut berwarna terang bermaksud anda telah mengambil air putih yang
mencukupi. Sekiranya warna air kencing anda lebih gelap itu menunjukkan bahawa
anda kurang mengambil air putih.
Kesimpulannya jika anda inginkan kulit yang cantik dan sihat
anda harus melakukan diet yang sihat juga. Selain itu lakukan senaman secara
rutin dan amalkan pola tidur yang cukup.
sekiranya anda perlukan suplemen / vitamin untuk kesihatan dan kecantikan anda boleh la
pm sara di fb // saraadam_85@yahoo.com
call/ sma 017-4857436
No comments:
Post a Comment