cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

26 Feb 2015

Perubahan Warna Air Kencing Mungkin Tanda Penyakit

Assalamualaikum semua..

Selalu kita masuk tandas nak buang air kecil kita tak pernah pulak perhatikan warna air kencing. Ada ke orang nak tengok air kencing? Kan kotor tu..

Tahu kah anda perubahan warna pada air kencing berkemungkinan ada kaitan dengan buah pinggang.

Selepas membuang air kecil perhatikan warnanya sebelum mengepam tandas.

Tidak ada warna - anda minum terlalu banyak air

Kuning cair - warna normal dan badan anda mendapat air yang cukup. Air kencing warna ini bermakna badan anda sudah mendapat air yang cukup dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan buah pinggang atau bahagian organ yang lain.

BERHATI -HATI

Kuning gelap - normal tetapi anda perlu minum air putih

Warna madu - badan anda kekurangan cecair. Minumlah air dengan segera

Merah jambu - jika anda baru sahaja makan ubi bit, blueberry atau buah-buahan dengan warna ungu pekat, kemungkinan ini adalah warna semula jadi buah tersebut. Namun jika anda tidak makan buah-buahan ini , kemungkinan anda mengalami pendarahan pada saluran kencing, masalah buah pinggang, prostat dan sebagainya. Segeralah berjumpa doktor.

Air kencing berbuih - ada sesetengah orang mengalami masalah air kencing berbuih. Keadaan ini berlaku kerana kesan hidrolik yang tidak berbahaya , juga isyarat seseorang itu mengalami lebihan protein dalam makanan sehari-hari. Kemungkinan juga ia merupakan masalah pada buah pinggang.

25 Feb 2015

Susu Kurang? 3 Kaedah Memerah Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum semua..

Bila anak dah mula membesar dan mula makan makanan pejal, penghasilan susu ibu mula berasa kurang. Mungkin sebab anak sudah boleh makan dan semakin kurang menyusu, sibuk bermain  dan mudah beralih perhatian ketika menyusu.

Bila tengok stok simpanan yang semakin berkurangan hati mula risau. Cukup ke nak sampai umur 2 tahun ni?

Bila anak kurang menyusu penghasilan susu juga akan merosot. Adakah anda juga macam saya?

Konsep penghasilan dan permintaan boleh digunakan untuk menggandakan kuantiti susu yang dihasilkan. Terdapat 3 kaedah memerah yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.

'INTENSIF PUMPING'

♡ Ibu mengepam setiap 2 jam

♡ Masa yang diambil 10 hingga 15 minit

♡ Pam lagi 2 jam berikutnya

♡ Dengan cara ini permintaan akan meningkat

♡ Badan akan mendapat signal bahawa susu perlu dihasilkan    
     dengan lebih banyak

♡ Ulang kaedah ini dan perlu dilakukan selama seminggu
     berturut-turut baru lah akan nampak hasilnya.

'TANDEM PUMPING'
☆ Anda boleh memerah sambil menyusukan bayi

☆ Bayi minum pada sebelah payudara manakala sebelah lagi
     diperah dalam masa yang sama menggunakan pam

☆ Sediakan pam terlebih dahulu sebelum memulakan
     penyusuan untuk memudahkan anda

☆ Hal ini seumpama menyusukan anak kembar di mana susu
     keluar pada kedua-dua payudara

☆ Dengan cara ini permintaan susu ibu akan bertambah dan
     seterusnya bagi pengeluaran susu akan bertambah

☆ Rutin ini perlu dilakukan bagi setiap sesi penyusuan

☆ Terdapat perbezaan memerah semasa bayi menyusu dan
     tidak menyusu dimana rasa kasih dan sayang ibu akan
     melancarkan pengeluaran susu ibu dan seterusnya
     menambahkan kuantiti susu ibu

☆ Ada ketikanya ada lelehan pada payudara yang tidak
     digunakan ketika anda sedang menyusukan. Jadi lebih
     untung bila mengumpul susu daripada membiarkan susu ibu
     dibazirkan dengan membasahi baju.

'POWER PUMPING'
□ Cara perahan ini memberikan kejutan pada badan si ibu untuk     menghasilkan lebih susu.

□ Masa yang diambil ialah selama satu jam.

□ Perahan susu dengan kaedah ini akan mengosongkan
    payudara dan memberikan isyarat kepada otak untuk
    menghasilkan lebih banyak susu

□ Perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut

□ Boleh dilakukan dengan menggunakan pam payudara tunggal     (single pump) atau pam berganda (double pump)

Pam Single

Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama 1 jam

Pam Berganda

1 pam selama 20 minit ;rehat 10 minit
2 pam lagi 10 minit; rehat 10 minit
3 pam lagi 10 minit ; selesai


Terdapat ibu yang mula merasakan impak positif selepas 48 jam mengamalkannya.

Ketiga-tiga kaedah yang diberikan adalah berkait dengan konsep PENAWARAN DAN PERMINTAAN. Jika anda mahukan lebih bayak susu dihasilkan mak tambahkan permintaan dengan kaedah penyusuan dan perahan.

Saya menggunakan kaedah Intensif Pumping dan Tandem Pumping untuk menambahkan hasil pengeluaran susu untuk anak ke dua saya. Jenis pam yang saya gunakan adalah pam berganda.


Memandangkan saya seorang yang bekerja kedua-dua kaedah diatas amat mudah dilakukan. Kaedah pertama dilakukan  semasa bekerja dan kaedah kedua dilakukan semasa bersama anak dirumah.

24 Feb 2015

Pentingnya Pengambilan Vitamin Semasa Hamil

Assalamualaikum semua...

Baru-baru ini saya telah dinaikkan pangkat menjadi 'mak ngah'. Alhamdulillah syukur adik ipar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Dan Baru-baru ini juga saya mendapat satu lagi berita gembira adik perempuan saya juga kini sedang hamil. Maka hujung tahun dapat lagi satu pangkat baru iaitu 'mak long'.


Bila hamil mesti mengalami 'mornig sickness'. Itu adalah lumrah dan merupakan satu proses kehamilan. Bila morning sickness mesti tak lalu makan dan selalu muntah muntah termasuk lah saya sendiri.

Namun pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan si ibu dan kandungan sihat dan selamat.

Pemakanan seimbang termasuk makanan yang kaya protein seperti susu, ikan, telor, daging lembu, ayam dan itik. Juga makanan yang berkanji seperti beras, roti, kentang, sayur-sayuran,  dan buah-buahan harus ada dalam menu setiap hari.

Selain itu, pengambilan vitamin sepanjang tempoh kahamilan juga sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan dan memastikan ibu mendapat nutrien yang secukupnya.

Asid Folik
Ia adalah salah satu vitamin tambahan yang amat penting. Merupakan sejenis vitamin B larut air, ia perlu diambil seawal tiga bulansebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah spina bifida iaitu tiub saraf yang biasa berlaku di mana bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut menyebabkan lumpuh han hilang kekal.

Pengambilannya sekurang-kurangnya 400 micrograms asid folik semasa pra kehamilan.

Kalsium dan Vitamin D
Kalsium penting untuk fungsi sistem peredaran, otot, saraf. Selain itu, membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa tumbesaran janin.

Vitamin D pula penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium.

Zat Besi
Merupakan unsur penting dalam pembentukan hemoglobin dan peredaran oksigen. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Pengambilan zat besi yang mencukupi perlu bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi turut mendapat cukup zat besi.

kekurangan zat besi boleh dikaitkan dengan bayi yang kurang berat badan dan meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.

Karbohidrat
Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk pengeluaran tenaga.

Lemak
Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen stuktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semula jenis sel.

Protein
Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Vitamin A
Vitamin ini penting untuk perkembangan mata, tulang, kulit dan paru-paru bayi. Bagaimanapun, dos vitamin A berlebihan boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi.

Vitamin C
Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Pengambilan vitamin C harus diambil setiap hari.

Magnasium
Selain penting dalam pembentukan gigi dan tulang, magnasium mustahak untuk sistem enzim dan pengucupan otot.


23 Feb 2015

KULIT adalah Organ Terbesar Tubuh

Kulit menjadi organ terbesar yang melindungi tubuh. Kulit akan terus menerus melakukan regenerasi sel. Kulit juga bertanggungjawab untuk mempertahankan suhu tubuh dan menjadi organ yang mengesan udara dingin ataupun panas.


Bayangkan jika tubuh kita tidak mempunyai kulit. Pastinya kita tidak dapat menjalani rutin dengan baik dan menjadi tidak sihat.

Kulit adalah organ yang terbesar dari tubuh. Kulit menyumbang sekitar 15 peratus daripada badan kita.

Dalam keadaan normal, kulit mampu mengeluarkan enam liter peluh per hari. Beberapa bahagian kulit yang tidak berpeluh adalah gegendang telinga, tepi bibir, tempat kuku dan juga hujung penis.

Warna kulit berasal daripada protein yang disebut melanin. Warna kulit bergantung pada jumlah melanin yang dihasilkan oleh tubuh. Melanin sendiri dihasilkan oleh sel yang disebut dengan melanosit.

Kulit akan sentiasa melakukan regenerasi sel bahkan boleh mencecah hingga berjumlah 40 ribu hingga 50 ribu sel per minit yang berjumlah hampir 4 kilogram per tahun. Kajian terbaru menunjukkan minyak dalam sel kulit dapat membantu mengurangkan pencemaran udara.

Setiap inci kulit manusia memiliki daya regangan yang berbeza bergantung lokasi kulit berada.

Lapisan kulit yang paling tebal adalah dibahagian kaki iaitu sekitar 1.4mm dan paling tipis adalah dikelopak mata iaitu sekitar 0.02mm.

Keseluruhan tubuh dilindungi oleh kulit dan kulit yang paling sensitif tetapi halus dan lembut adalah pada wajah.