Assalamualaikum semua..
Selalu kita masuk tandas nak buang air kecil kita tak pernah pulak perhatikan warna air kencing. Ada ke orang nak tengok air kencing? Kan kotor tu..
Tahu kah anda perubahan warna pada air kencing berkemungkinan ada kaitan dengan buah pinggang.
Selepas membuang air kecil perhatikan warnanya sebelum mengepam tandas.
Tidak ada warna - anda minum terlalu banyak air
Kuning cair - warna normal dan badan anda mendapat air yang cukup. Air kencing warna ini bermakna badan anda sudah mendapat air yang cukup dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan buah pinggang atau bahagian organ yang lain.
BERHATI -HATI
Kuning gelap - normal tetapi anda perlu minum air putih
Warna madu - badan anda kekurangan cecair. Minumlah air dengan segera
Merah jambu - jika anda baru sahaja makan ubi bit, blueberry atau buah-buahan dengan warna ungu pekat, kemungkinan ini adalah warna semula jadi buah tersebut. Namun jika anda tidak makan buah-buahan ini , kemungkinan anda mengalami pendarahan pada saluran kencing, masalah buah pinggang, prostat dan sebagainya. Segeralah berjumpa doktor.
Air kencing berbuih - ada sesetengah orang mengalami masalah air kencing berbuih. Keadaan ini berlaku kerana kesan hidrolik yang tidak berbahaya , juga isyarat seseorang itu mengalami lebihan protein dalam makanan sehari-hari. Kemungkinan juga ia merupakan masalah pada buah pinggang.
No comments:
Post a Comment