cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

25 Feb 2015

Susu Kurang? 3 Kaedah Memerah Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum semua..

Bila anak dah mula membesar dan mula makan makanan pejal, penghasilan susu ibu mula berasa kurang. Mungkin sebab anak sudah boleh makan dan semakin kurang menyusu, sibuk bermain  dan mudah beralih perhatian ketika menyusu.

Bila tengok stok simpanan yang semakin berkurangan hati mula risau. Cukup ke nak sampai umur 2 tahun ni?

Bila anak kurang menyusu penghasilan susu juga akan merosot. Adakah anda juga macam saya?

Konsep penghasilan dan permintaan boleh digunakan untuk menggandakan kuantiti susu yang dihasilkan. Terdapat 3 kaedah memerah yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.

'INTENSIF PUMPING'

♡ Ibu mengepam setiap 2 jam

♡ Masa yang diambil 10 hingga 15 minit

♡ Pam lagi 2 jam berikutnya

♡ Dengan cara ini permintaan akan meningkat

♡ Badan akan mendapat signal bahawa susu perlu dihasilkan    
     dengan lebih banyak

♡ Ulang kaedah ini dan perlu dilakukan selama seminggu
     berturut-turut baru lah akan nampak hasilnya.

'TANDEM PUMPING'
☆ Anda boleh memerah sambil menyusukan bayi

☆ Bayi minum pada sebelah payudara manakala sebelah lagi
     diperah dalam masa yang sama menggunakan pam

☆ Sediakan pam terlebih dahulu sebelum memulakan
     penyusuan untuk memudahkan anda

☆ Hal ini seumpama menyusukan anak kembar di mana susu
     keluar pada kedua-dua payudara

☆ Dengan cara ini permintaan susu ibu akan bertambah dan
     seterusnya bagi pengeluaran susu akan bertambah

☆ Rutin ini perlu dilakukan bagi setiap sesi penyusuan

☆ Terdapat perbezaan memerah semasa bayi menyusu dan
     tidak menyusu dimana rasa kasih dan sayang ibu akan
     melancarkan pengeluaran susu ibu dan seterusnya
     menambahkan kuantiti susu ibu

☆ Ada ketikanya ada lelehan pada payudara yang tidak
     digunakan ketika anda sedang menyusukan. Jadi lebih
     untung bila mengumpul susu daripada membiarkan susu ibu
     dibazirkan dengan membasahi baju.

'POWER PUMPING'
□ Cara perahan ini memberikan kejutan pada badan si ibu untuk     menghasilkan lebih susu.

□ Masa yang diambil ialah selama satu jam.

□ Perahan susu dengan kaedah ini akan mengosongkan
    payudara dan memberikan isyarat kepada otak untuk
    menghasilkan lebih banyak susu

□ Perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut

□ Boleh dilakukan dengan menggunakan pam payudara tunggal     (single pump) atau pam berganda (double pump)

Pam Single

Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama 1 jam

Pam Berganda

1 pam selama 20 minit ;rehat 10 minit
2 pam lagi 10 minit; rehat 10 minit
3 pam lagi 10 minit ; selesai


Terdapat ibu yang mula merasakan impak positif selepas 48 jam mengamalkannya.

Ketiga-tiga kaedah yang diberikan adalah berkait dengan konsep PENAWARAN DAN PERMINTAAN. Jika anda mahukan lebih bayak susu dihasilkan mak tambahkan permintaan dengan kaedah penyusuan dan perahan.

Saya menggunakan kaedah Intensif Pumping dan Tandem Pumping untuk menambahkan hasil pengeluaran susu untuk anak ke dua saya. Jenis pam yang saya gunakan adalah pam berganda.


Memandangkan saya seorang yang bekerja kedua-dua kaedah diatas amat mudah dilakukan. Kaedah pertama dilakukan  semasa bekerja dan kaedah kedua dilakukan semasa bersama anak dirumah.

No comments: