cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

24 Feb 2015

Pentingnya Pengambilan Vitamin Semasa Hamil

Assalamualaikum semua...

Baru-baru ini saya telah dinaikkan pangkat menjadi 'mak ngah'. Alhamdulillah syukur adik ipar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Dan Baru-baru ini juga saya mendapat satu lagi berita gembira adik perempuan saya juga kini sedang hamil. Maka hujung tahun dapat lagi satu pangkat baru iaitu 'mak long'.


Bila hamil mesti mengalami 'mornig sickness'. Itu adalah lumrah dan merupakan satu proses kehamilan. Bila morning sickness mesti tak lalu makan dan selalu muntah muntah termasuk lah saya sendiri.

Namun pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan si ibu dan kandungan sihat dan selamat.

Pemakanan seimbang termasuk makanan yang kaya protein seperti susu, ikan, telor, daging lembu, ayam dan itik. Juga makanan yang berkanji seperti beras, roti, kentang, sayur-sayuran,  dan buah-buahan harus ada dalam menu setiap hari.

Selain itu, pengambilan vitamin sepanjang tempoh kahamilan juga sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan dan memastikan ibu mendapat nutrien yang secukupnya.

Asid Folik
Ia adalah salah satu vitamin tambahan yang amat penting. Merupakan sejenis vitamin B larut air, ia perlu diambil seawal tiga bulansebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah spina bifida iaitu tiub saraf yang biasa berlaku di mana bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut menyebabkan lumpuh han hilang kekal.

Pengambilannya sekurang-kurangnya 400 micrograms asid folik semasa pra kehamilan.

Kalsium dan Vitamin D
Kalsium penting untuk fungsi sistem peredaran, otot, saraf. Selain itu, membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa tumbesaran janin.

Vitamin D pula penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium.

Zat Besi
Merupakan unsur penting dalam pembentukan hemoglobin dan peredaran oksigen. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Pengambilan zat besi yang mencukupi perlu bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi turut mendapat cukup zat besi.

kekurangan zat besi boleh dikaitkan dengan bayi yang kurang berat badan dan meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.

Karbohidrat
Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk pengeluaran tenaga.

Lemak
Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen stuktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semula jenis sel.

Protein
Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Vitamin A
Vitamin ini penting untuk perkembangan mata, tulang, kulit dan paru-paru bayi. Bagaimanapun, dos vitamin A berlebihan boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi.

Vitamin C
Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Pengambilan vitamin C harus diambil setiap hari.

Magnasium
Selain penting dalam pembentukan gigi dan tulang, magnasium mustahak untuk sistem enzim dan pengucupan otot.


No comments: