Umum mengetahui bahawa ikan merupakan sejenis makanan yang
sihat, rendah lemak serta kaya dengan protein yang tinggi sekali gus menjadi
sumber penting untuk asid lemak omega 3.
Bagi mereka yang inin berdiet, ikan adalah pilihan yang tepat kerana mineral, vitamin serta nutrisi
yang diperlukan tubuh terkandung di dalamnya. Jadi, bagi penggemar daging dan
keju, mereka hanya perlu mengambil sedikit sahaja makanan tersebut kerana bahan
protein telah pun diperoleh daripada ikan.
Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan bagi
memasukkann ikan ke dalam program diet anda. Ini termasuklah dengan merebus,
memanggang dan mengukus. Berikut adalah antara faedah yang boleh diperoleh
apabila diet ikan diamalkan.
RENDAH TEKANAN DARAH
Dikatakan, minyak ikan mampu menurunkan kadar tekanan darah
tetapi anda tidak digalakkan mengambilnya sera berlebihan. Memadailah dengan
satu hingga dua sudu sehari bagi mengoptimumkan tahap kesihatan.
TURUNKAN BERAT BADAN
Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan di Universiti of
Georgia, minyak ikan memang kaya dengan DHA. Ia dipercayai berupaya
menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak hingga mengurangkan focus
lemak secara keseluruhannya. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan kapsul
minyak ikan yang diikuti dengan latihan olahraga yang teratur boleh menurunkan
lebih banyak lemak berbanding senaman tanpa bantuan dari minyak ikan.
KURANG RISIKO
PENYAKIT KANSER
Omega 3 yang terdapat di dalam ikan dikatakan mampu mencegah
penyakit kanser yang berbahaya iaitu payudara dan prostat. Kandungan minyak
ikan tersebut juga secaa tidak lansung membantu pesakit meringankan derita
penyakit hiperlipidemia.
CERGASKAN OTAK
Asid lemak omega 3 sangat bagus untuk perkembangan otak. Ia scara
tidak lansung membantu untuyk meningkatkan focus mental anak-anak serta orang
dewasa mengenai sesuatu perkara. Pengambilan minyak ikan berupaya mengukuhkan
tahap memori seseorang tidak kiralah sama ada bayi atau kanak-kanak.
MELEGAKAN MASALAH
KERADANGAN
Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflamasi. Kerana itulah ia
cukup efektif bagi mengurangkan masalah radang dalam darah. Asid lemak omega 3
khususnya EPA banyak ditemuai dalam minyak ikan sekali gus member kesan yang positif
untuk meredakan seni, radang prostat dan radang pundi kencing.
MENYIHATKAN MATA
Dipercayai, pengambilan ikan dalam diet harian mampu
memperbaiki masalah penglihatan. Ia mampu mencegah penyakit glaucoma dan
sindrom mata cepat kering. Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa
individu yang mengambil setidak-tidaknya dua jenis ikan seminggu berisiko
rendah diserang masalah kebutaan di usia muda berbanding individu yang tidak
pernah makan ikan.
RESEPI AWET MUDA
Ikan yang diambil dalam kuantiti betul mampu memperbaiki
sekali gus memelihara kulit agar sihat dan berkeadaan baik. Satu kajian yang
diterbitkan dalam Journal of Lipid Rezearch, asid lemak omega 3 EPA yang
ditemui di dlaam minyak ikan berupaya mencegah masalah kulit kerepot seterusnya
melambatkan proses penuaan. Pada masa sama, ia turut menjaga kulit dari rosak
akibat pancaran sinaran matahari.
OMEGA GUARD Shaklee adalah yang terbaik. Diekstrak dari ikan laut air sejuk. Omega Guard merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi. Satu kajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.
No comments:
Post a Comment