cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

20 Nov 2013

MENGAPA PERLU MENGAMBIL OMEGA-3?


Menyentuh mengenai Omega-3, adakah anda tahu apa sebenarnya Omega-3? Omega-3 atau juga dikenali sebagai asid lemak omega-3 merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, telur, kekacang dan sayuran seperti bayam dan brokoli.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa bezanya diantara Omega-3 daripada ikan dan kekacang juga sayur-sayuran. Omega-3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan di dalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA.

DHA dan EPA didapati mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA da ALA oleh badan.

Bukan itu sahaja, Omega-3 juga dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, simptom kemurungan, sakit sendi dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pengambilan Omega-3 dapat menghalang penyakit-penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan.

Omega-3 dipercayai dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis ( penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung).

KEBAIKAN PENGAMBILAN OMEGA-3

* Kolestrol rendah
·         * Tekanan darah rendah
·        * Mencegah penyakit kardiovaskular
·        Meningkatkan daya ingatan
·         Mencegah beberapa jenis kanser
·        Perlindungan terhadap alzheimer dan dementia ( nyanyuk )
·         Mengurangkan keradangan

SUMBER PEMAKANAN ASID LEMAK OMEGA-3

ü  ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna
ü  biji gandum atau bijirin
ü  minyak kanola
ü  kacang soya dan minyak kacang soya
ü  minyak kacang
ü  biji labu
ü  minyak biji perlia
ü  rumpai laut
ü  udang krill

SUMBER TAMBAHAN OMEGA-3

Ø  kapsul minyak ikan
Ø  minyak udang krill
Ø  minyak bijirin

Ø  rumpai laut yang diperoleh dha tambahan

lagi mudah dengan hanya mengambil satu biji softgel Omega Guard Shaklee setiap hari bagi memenuhi keperluan Omega-3 untuk kesihatan.



No comments: