cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

21 Mar 2014

ATASI SEMBELIT DENGAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Sembelit? Pasti menyakitkan. Terutama bila lepas bersalin. Sangat mengerikan bila sakit perut untuk membuang air besar. Perasaan tidak enak mula terasa. Risau takut sakit, jahitan terbuka dan luka.

Bagi saya, alhamdulillah selepas bersalin tidak mengalami sembelit. Bukan sahaja selepas bersalin malah sepanjang tempoh kehamilan juga saya tidak sembelit. Masuk hari ke dua berpantang saya sudah mula membuang air besar dan setiap hari tanpa sembelit.

Apa itu sembelit?

Sembelit adalah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar. Sembelit bukanlah satu penyakit tetapi satu gejala. Orang yang normal akan membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh:

♥ otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
♥ otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
♥ takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Beberapa cara untuk mengatasi masalah sembelit selepas bersalin adalah:

★ Banyakkan minum air kosong sekurang - kurangnya 8 gelas sehari. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing serta mengurangkan sembelit.
★ Elakkan tabiat menahan untuk membuang air besar. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya memburukkan lagi keadaan.
★ Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi.

Walau bagaimanapun, para ibu juga boleh mengambil suplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. suplemen yang disarankan adalah yang mengandungi magnasium.

Rahsia saya, Ostematrix Shaklee. Dilengkapi dengan kalsium, magnasium dan vitamin D yang lengkap dan seimbang untuk penyerapan kalsium dalam badan.

Ostematrix Shaklee juga membantu:

♥Tidur malam lebih lena
♥Menghilangkan rasa kebas pada kaki
♥Mengelakkan rasa sakit pinggang
♥Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan untuk membuang air besar.

No comments: