cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

27 Mar 2014

HILANGKAN JAUNDIS DENGAN SUSU IBU

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hampir sebulan saya berpantang setelah melahirkan anak yang ke-2. Alhamdulillah, anak ke-2 saya dikurniakan anak lelaki. Sudah ada sepasang. Dan yang paling penting adik tidak terkena demam kuning atau lebih dikenali dengan nama Jaundis.

Kebiasaannya bayi yang baru dilahirkan akan terkena Jaundis. Apa itu Jaundis ?

Jaundis terjadi kerana pembentukan bilirubin dalam darah, bilirubin iaitu pigmen berwarna kuning yang terbentuk dari pemecahan sel-sel darah merah yang sudah tua. Pemecahan sel-sel darah merah tersebut adalah normal. BAyi yang baru lahir sering mengalami penyakut kuning pada beberapa hari pertama kerana enzim di hati bertugas mengolah bilirubin relatif belum matang.

Kadar bilirubin yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Cara mudah untuk mengenal jaundis ialah tekan perlahan-lahan pada dahi bayi, hidung, dada, peha kiri, peha kanan, dan di kedua-dua tapak kaki bayi dengan menggunakan ibu jari. Perhatikan jika tempat yang ditekan ada tanda kuning atau sebaliknya.

Sekiranya kulit bayi masih kekuningan selepas beberapa hari, ujian darah perlu dilakukan untuk mengukur tahap bilirubin pada bayi.

Jaundis dapat dihilangkan dengan penyusuan susu ibu. Penyakit jaundis menjadi lama kerana bayi tidak mendapat cukup susu ibu.

Kenapa susu ibu? Umum mengetahui betapa istimewanya susu ibu kerana mengandungi antibodi bagi melindungi bayi. Bayi dapat menghadam susu ibu dengan mudah dan selesa untuk perut bayi. Susu ibu mengandungi pelbagai nutrien semulajadi yang dapat membantu perkembangan dan tubesaran bayi.

Menyusui bayi dengan kerap membantu menghilangkan jaundis melalui pembuangan najis. Semakin kerap bayi membuang air besar semakin cepat jaundis hilang dari badan. sekiranya bayi kurang menyusui susu ibu, bilirubin mungkin akan deserap kembali ke dalam darah. Sekiranya jaundis menjadi serius pertukaran darah pasti akan dilakukan.

Menyusui lah bayi anda sebaik sahaja dilahirkan. Terutamanya dalam tempoh sejam yang pertama. Itulah yang saya lakukan selepas bersalin. Dan anak saya bebas jaundis.

Ingin menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif? Jom dapatkan set penyusuan dari saya.







No comments: