cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

31 Dec 2016

5 CARA ATASI MASALAH KELEMUMUR SUPAYA TIDAK TERGARU KEPALA YANG GATAL DIHADAPAN ORANG

Kelemumur di kepala begitu merimaskan. Bukan sahaja menyebabkan kulit kepala gatal dan berbau malah ia juga mencacatkan penampilan wanita. Sudah banyak produk yang telah digunakan, namun masalah kelemumur tetap tidak hilang.


Kegatalan kulit kepala sangat terasa apabila kepala berpeluh atau berada dibawah cuca yang panas. Tambah lagi bila bertudung sepanjang masa.

5 cara atasi masalah kelemumur secara tradisional yang boleh dilakukan dirumah atau pun pada cuti hujung minggu. Selamat mencuba!

Limau Purut

Potong limau purut kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kulit kepala. Lakukan tida kali seminggu. Limau purut membantu membersihkan kulit kepala, mengatasi kelemumur dan mengharumkan rambut. Kulit kepala juga terasa lebih segar.

Daun pandan

Kisar daun pandan bersama air. Kemudian, tapis. Buang hampas, manakala airnya dibuat perapi selepas syampu rambut. Sapukan air daun pandan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Petua ini dikatakan membantu mengatasi masalah kelemumur dan melebatkan rambut. Daun pandan juga bantu mengatasi masalah rambut berbau.

Lemon
  
Cuci kulit kepala dan rambut dengan hirisan lemon. Lakukan petua ini setiap hari, kulit kepala akan bersih dan segar. Begitu juga dengan rambut. Sel-sel kulit mati akan tertanggal, hasilnya kulit kepala dan rambut akan menjadi sihat.

Santan

Selepas syampu, bilas rambut sehingga bersih. Kemudian sapukan santan kelapa. Usai sapuan, tutup kepala dengan tuala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air bersih. Santan menyuburkan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Rambut juga akan semakin bersinar dan hitam jika rajin mengamalkan petua ini.

Garam


Garam bukan sahaja digunakan dalam masakan , malah ia juga dapat memantu merawat kulit dan kelemumur. Tabur garam pada kulit kepala, kemudian gosok perlahan-lahan. Biarkan selama 3 minit, bilas dengan air bersih. Kemudian syampu rambut seperti biasa.

Berita baik untuk wanita yang mengalami masalah kelemumur. Sudah mencuba pelbagai petua namun masih tidak hilang masalah kelemumur ini.


Red Olivia minyak pewangi rambut yang diperkaya dengan minyak zaitun, minyak biji anggur hitam, minyak habbatus sauda, kaya dengan nutrisi seperti omega 3, omega 6, zat besi, vitamin E dan vitamin k.

Minyak pewangi rambut Red Olivia bukan sahaja membantu untuk mengawal kelemumur malah berbau harum dengan haruman kasturi yang pasti akan dapat menenangkan fikiran. haruman yang berpanjangan terutama ketika bertudung.

untuk sebarang pertanya sila hubungi pn sara 011.31737525

No comments: