cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

11 Apr 2015

KURANG MINUM AIR BAHAYA KEPADA TUBUH

Assalamualaikum...

Dalam keadaan cuaca yang panas terik, tekak ni betul-betul dahaga kan air. Selalunya air atau ais yang manis jadi pilihan sebagai penghilang dahaga. Bukan air putih.

Ramai yang mengambil remeh mengenai betapa pentingnya air dalam badan. Ada yang enggan minum air dalam kuantiti yang banyak kerana tidak suka, takut perut buncit dan banyak alasan lagi.

Air amat berguna kepada tubuh. Kekurangan air dalam tubuh boleh mendatangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Umum mengetahui kekurangan air dalam tubuh akan memberikan kesan kepada buah pinggang, tetapi tidak setakat itu sahaja.

12 FAKTA MENARIK MENGENAI AIR PUTIH

  • Menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Memelihara fungsi ginjal
  • Terapi untuk pelbagai penyakit
  • Mengurangi risiko kanser
  • Meredakan kepenatan
  • Ubat semula jadi untuk sakit kepala
  • Mengurangi kekejangan otot
  • Dapat menjadikan kulit lebih halus dan mulus
  • Dapat menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet
  • Lebih produktif dalam bekerja
  • Dapat menjaga hati dengan baik


MASALAH KESIHATAN AKIBAT KEKURANGAN AIR DALAM BADAN

Kehilangan Garam dan Cairan Tubuh
Kekurangan sumber air akan membuatkan tubuh kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kadar cairan dan garam. Tanda badan kekurangan cairan dan garam ialah mulut dan bibir menjadi kering, mata terasa kering dan pedij serta tubuh menjadi terhidrat.

Peningkatan Tekanan Darah
Hipertensi sangat dekat dengan mereka yang kekurangan cairan ataupun mereka yang mengalami penghidratan. Ketika sel tubuh sedang menghadapi kekurangan air, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia yang bernama vasopressin. Zat ini akan menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah tinggi.

Keletihan 
Adakah anda pernah rasa amat letih walaupun tidak melakukan apa-apa kerja yang berat ketika itu. Ini petanda badan kekurangan air. Dehidrasi sedang berlaku dan disebabkan itu tanda berasa amat letih dan mengantuk.

Jaringan dan sel dalam tubuh tidak mendapat air yang mencukupi dan penambahan enzim menjadi amat lambat hingga mencegah tubuh menjadi lebih produktif dan aktif. Anda akan sentiasa menguap dan menjadi tidak bermaya.

Masalah Pencernaan
Kekurangan air juga akan mengganggu sistem pencernaan. Air diperlukan oleh tubuh untuk menghadamkan makanan yang masuk dan seterusnya mengeluarkan makanan yang tidak dapat dicernakan. Kekurangan air untuk menghadamkan makanan akan menjadi racun di dalam tubuh. Masalah akan timbul ialah kembung, sakit perut, mual dan kehilangan nafsu makan.

Penambahan Berat Badan
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan penambahan berat badan. Ini kerana kekurangan cairan dalam tubuh akan memberi kesan kepada tahap metabolisma badan. Apabila kadar metabolisma menurun  sekaligus memberikan kesan kepada penambahah barat badan tanpa di sedari. Jadi, sekiranya berasa dahaga jangan segera mengambil minuman manis, sebaliknya ambil dahulu air putih.

Jangkitan Saluran Kencing
Pasti ramai yang pernah mengalaminya iaitu sakit ketika membuang air kecil. Itu adalah petanda tubuh kekurangan air. Gejala yang biasa terjadi ialah sakit ketika membuang air kecil, sakit punggung, urin akan menjadi warna keruh dan paling teruk ia akan mengandungi darah.

Kejang Otot
Kejang otot juga boleh terjadi saat badan kekurangan air. Ini kerana otot menjadi lebih sensitif dan mudah menjadi kejang. Jadi teruslah minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

No comments: