cerita saya, kesihatan dan kecantikan

cerita saya, kesihatan dan kecantikan

17 Apr 2015

5 LANGKAH KURANGKAN GOUT

Gout bukan penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan ubat tahan sakit atau biarkan sahaja sehingga rasa sakit hinag. Gout berkait rapat dengan kesihatan buah pinggang. Kekerapan mengambil ubat tahan sakit yang mengundang bahaya pada organ terbabit dan kajian terbaru ia dikaitkan dengan faktor pemakanan.

Lelaki lebih cenderung diserang Gout berbanding wanita. Ini kerana wanita dilindungi oleh hormon estrogen yang membantu menstabilkan keseimbangan sistem dalaman badan dan mencegah peningkatan paras asid urik dalam darah. Wanita berisiko selepas mengalami monopous.

ASID URIK

Gout terjadi akibat metabolisma asid urik yang tinggi dalam badan hingga menyebabkan radang pada bahagian sendi. Selain ibu jari, gout juga boleh menyerang bahagian tengkuk, bahu, tulang pinggul dan juga lutut.

Asid Urik adalah bahan hasil daripada pencernaan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina.

Protein purina ini akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik. Purina adalah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil  dari proses metabolisma.

Selain dari pemakanan seperti makanan laut, kekacang, daging merah yang boleh menyebabkan gout ,purina juga terdapat dalam organ dalaman haiwan seperti hati pedal ayam, perut dan otak.

Gout menyebabkan penghidapnya berisiko mengalami kerosakan buah pinggang di masa akan datang. Jika buah pinggang gagal berfungsi, ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing. Kesannya lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul pada buah pinggang dan membentuk kristal garam yang merosakkan dan mengecutkan buah pinggang. Akhirnya penghidap gout juga akan menghidap batu karang hipertensi.

5 LANGKAH KURANGKAN GOUT

KEKALKAN HIDRASI
Badan manusia memerlukan air untuk mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik  yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

ELAK BELI UBAT OUT DI KAUNTER
Ada beberapa jenis ubat gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan.

MAKAN SECARA SIHAT
Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa makanan yang mengandungi purina kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekaligus menyebabkan tahap said urik meningkat.

MENGEKALKAN BERAT BADAN
Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal, ia menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. Lakukan juga senaman sederhana.

REHAT
Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi pesakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

No comments: